Rancangan Disneyland Hong Kong perluas tapak terjejas - Utusan Malaysia

Rancangan Disneyland Hong Kong perluas tapak terjejas

Rancangan Disneyland Hong Kong perluas tapak taman tema terjejas selepas kerajaan memutuskan tidak memperbaharui perjanjian membangunkan sebidang tanah berdekatan. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Taman tema milik Walt Disney Co., Hong Kong Disneyland Resort terlepas peluang untuk memperluas tapak taman tema itu selepas pihak berkuasa tempatan memutuskan tidak memperbaharui perjanjian bagi membangunkan sebidang tanah yang berdekatan.

Hong Kong tidak akan memanjangkan lagi pilihan pembelian 20 tahun yang berakhir semalam kerana kedudukan ekonomi semasa, menurut satu kenyataan dalam laman web kerajaan, kelmarin.

Sebidang tanah seluas 60 hektar di sebelah taman tema itu menjadi rizab sejak 2000 sekiranya Disneyland berhasrat meluaskan taman tema tersebut.

Jurucakap Biro Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi dalam kenyataan memberitahu, pengendali taman tema itu sewajarnya memberi tumpuan dengan lebih berhemah untuk pembangunan resort sedia ada.

Langkah itu sebagai satu perubahan keutamaan Hong Kong bagi memulihkan ekonominya disebabkan protes antikerajaan diikuti penularan Covid-19.

Pelbagai cabaran yang dihadapi Hong Kong telah menyekat sektor pelancongan dengan tarikan-tarikan utama seperti Disneyland ditutup hampir sepanjang tahun.

“Disney akan terus melabur dalam rancangan pengembangan semasa, namun kami sangat kecewa dengan keputusan kerajaan Hong Kong untuk tidak melanjutkan pilihan pengembangan tanah fasa kedua itu,” kata jurucakap syarikat yang berpangkalan di Hong Kong itu menerusi e-mel.

Pelan Disneyland adalah untuk memperluas taman tema itu dengan menambah sekurang-kurangnya satu tarikan setiap tahun sehingga 2023, berdasarkan kepada rancangan yang dihantar kepada majlis perbandaran Jun lalu.

Pada 2016, rancangan itu dianggarkan menelan belanja HK$10.9 bilion (RM5.86 bilion).

Disneyland Hong Kong dikendalikan sebuah syarikat yang dimiliki bersama kerajaan dan Disney dijadualkan dibuka semula hari ini dengan penurunan jumlah kapasiti dan peningkatan langkah keselamatan serta kesihatan.

Januari lalu, Setiausaha Perumahan dan Pengangkutan Hong Kong, Frank Chan berkata, beliau mahu membina unit kediaman sementara di tanah bersebelahan Disney dengan mendesak syarikat itu mempertimbangkan ‘tanggungjawab sosial korporatnya’.

Beberapa hartawan tempatan yang dikritik media kerana memacu pertumbuhan harga kediaman telah menawarkan tanah atau wang tunai kepada kerajaan untuk mengelakkan reaksi negatif Beijing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya