PLUS serah RM2.6 juta zakat perniagaan - Utusan Malaysia

PLUS serah RM2.6 juta zakat perniagaan

Zakaria Ahmad Zabidi (dua dari kanan) menyampaikan zakat perniagaan PLUS kepada Hasni Mohammad di Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), telah menyampaikan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM2.26 juta kepada kerajaan negeri Johor.

Penyerahan zakat tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Holiday Villa Johor Bahru City Centre di Johor, kelmarin.

Zakaria berkata, sejak 2013, PLUS telah menyumbang pembayaran zakat perniagaan kira-kira RM20.5 juta kepada kerajaan negeri Johor.

“PLUS telah menyumbang zakat perniagaan lebih RM98 juta sejak tujuh tahun yang lalu kepada asnaf dan para penerima yang layak.

“Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia adalah kewujudannya memberi manfaat kepada orang lain”, dan inilah yang kami sedang usahakan secara berterusan untuk membantu komuniti ini menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik termasuk mereka yang memerlukan. Sumbangan zakat perniagaan ini juga sejajar dengan matlamat utama PLUS bagi menjaga mereka dengan baik,” jelasnya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Zakaria, komuniti tersebut terdiri daripada penerima zakat yang layak, asnaf di negeri di mana lebuh raya PLUS beroperasi.

Ini termasuk komuniti lebuh raya yang berada dalam sekitar 30 kilometer lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN