Peruncit tempatan beli RM5.03b saham - Utusan Malaysia

Peruncit tempatan beli RM5.03b saham

Pelabur runcit telah memainkan peranan besar menerusi penyertaan dalam pasaran ekuiti negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruncit tempatan menjadi pemangkin kepada pasaran ekuiti negara selepas menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk 10 minggu berturut-turut dengan nilai RM5.03 bilion.

Menurut MIDF Research, jumlah itu jauh berbeza dengan penyertaan institusi tempatan dan pelabur asing yang masing-masing merekodkan jualan bersih sebanyak RM707.4 juta dan RM4.02 bilion sejak awal Julai.

Walau bagaimanapun, pres­tasi aliran tunai minggu lalu menyaksikan pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti menerusi belian berjumlah RM70.91 juta selepas merekodkan penjualan RM589.38 juta pada minggu pertama.

MIDF Research berkata, peruncit turut menyumbang kepada RM456.61 juta pembelian ekuiti minggu lalu manakala institusi tempatan mencatatkan penjualan RM527.52 juta.

“Pelabur asing telah menjual RM72.45 juta ekuiti tempatan apabila pasaran dibuka Isnin lalu manakala peruncit dan institusi tempatan merupakan pembeli bersih dana ekuiti ma­sing-masing dengan RM68.91 juta dan RM3.54 juta.

“Penjualan dana asing hanya berlaku pada Isnin dan Selasa dengan aliran keluar tunai ma­sing-masing berjumlah RM72.45 juta dan RM11.52 juta sebelum momentum pembelian bermula pada Rabu. Aliran masuk bersih terbesar berlaku pada Khamis iaitu RM94.81 juta manakala aliran terkecil adalah pada Jumaat iaitu RM1.33 juta,” katanya dalam nota kajian.

Perbandingan dengan tiga pasaran Asia Tenggara lain pula, Filipina merekodkan aliran keluar bersih asing terkecil manakala Indonesia mengalami aliran keluar terbesar.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan peningkatan mingguan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 21.28 peratus manakala pelabur asing menurun sebanyak 14 peratus.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn. Bhd., Kenny Yee dalam taklimat media tinjauan pasaran secara maya memberitahu, pelabur runcit telah memainkan pera­nan besar menerusi penyertaan pasaran ekuiti negara.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya