My Jet sasar pertumbuhan tiga kali ganda - Utusan Malaysia

My Jet sasar pertumbuhan tiga kali ganda

Azrul Hisham Abdul Wahab (tengah), Danny Khaw (kiri) dan Mohamed Sallauddin Mat Shah memotong riben sempena perasmian penerbangan harian My Jet Xpress ke Kuching dan Kota Kinabalu di Sepang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Syarikat penghantaran kargo, My Jet Xpress menyasarkan pertumbuhan pendapatan tiga gali ganda menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan mendadak perkhidmatan penghantaran rentetan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi My Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd., Azrul Hisham Abdul Wahab berkata, syarikat memperoleh jumlah penghantaran sehingga 100 metrik tan setiap hari berban­ding hanya 30 hingga 50 metrik tan sebelum ini.

“Ia melonjak sama ada untuk penghantaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak atau sebaliknya,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar majlis pelancaran pe­nerbangan harian My Jet ke Ku­ching dan Kota Kinabalu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan, Zen Aviation Sdn. Bhd., Danny Khaw; Pengurus Besar Pemasaran My Jet, Mohamed Sallauddin Mat Shah dan Ketua Pegawai Kewangannya, Muhammad Allif Qayyum Mohd. Din.

Syarikat itu mula beroperasi pada 2009 namun hanya pada 2017 menggunakan nama My Jet. Sehingga kini, ia memiliki dua pesawat kargo dengan kekuatan tenaga kerja seramai 70 orang.

Syarikat berkenaan turut mengadakan penghantaran ke Ho Chin Min, Phnom Phen dan Jakarta. Ia menyediakan per­khidmatan penghantaran pelbagai jenis barangan termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Azrul Hisham berkata, permintaan mendadak diterima turut mendorong syarikat menambah dua lagi pesawat menjelang akhir tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya