Mohd. Anuar CEO baharu Sapura - Utusan Malaysia

Mohd. Anuar CEO baharu Sapura

SHAHRIL SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd. mengumumkan Datuk Mohd. Anuar Taib telah ditetapkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi syarikat itu berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, Lembaga Pe­ngarah telah bersetuju untuk melantik Mohd. Anuar sebagai sebahagian daripada proses transisi selama enam bulan sebelum mengambil alih daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin yang akan bersara menjelang usia 60 tahun pada 22 Mac 2021.

Menurut Sapura Energy, Shahril akan menyerahkan kepemimpinan selepas memastikan syarikat itu kekal berdaya tahan semasa keadaan operasi mencabar ketika ini di samping mengekalkan kemajuan menerusi pelan transformasi komprehensifnya.

Sapura Energy berkata, Mohd. Anuar telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas syarikat sejak Ogos lalu.

“Beliau memulakan kerjaya dalam bidang minyak dan gas dengan Sarawak Shell Bhd. pada tahun 1990 selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan (Mekanikal) dari Universiti Case Western Reserve Amerika Syarikat (AS).

“Mohd. Anuar juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Antarabangsa dari Universiti RMIT, Australia,” katanya dalam makluman itu.

Di Shell, Mohd. Anuar berpengalaman dalam pelbagai bidang apabila memegang jawatan kanan dalam eksplorasi dan pengeluaran; gas asli cecair (LNG) dan gas-ke-cecair; perniagaan runcit dan penapisan di Malaysia, AS dan rantau Asia Pasifik seterusnya mengisi posisi Pengerusi Shell Companies di Malaysia pada tahun 2010.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya