KUALA LUMPUR: Penggemar setia minuman kopi berpeluang menikmati Kopi Susu Wonda Booster dan Kopi Hitam Wonda Booster yang disediakan secara terbuka dan percuma melalui peti ais Kopi Wonda di Transit Aliran Massa (MRT) Maluri, Ahad ini.
Promosi berkenaan akan menjadi lokasi keempat selepas inisiatif baharu pengambilan sampel tanpa sentuh yang berjaya menambat hati penggemar, dilancarkan di Lot 10, Bukit Bintang dan Menara UOA Bangsar di sini, semalam.
Pada pukul 3 petang semalam, peti ais Kopi Wonda ditempatkan di tingkat bawah Menara UOA dengan menawarkan lebih 200 tin bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kopi secara percuma, pada masa sama, mematuhi penjarakan fizikal dan mengurangkan sentuhan.
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia didapati mengalami keletihan berganda pada pukul 3 petang kerana seharian bekerja dan selepas makan tengah hari. Kopi Wonda menawarkan sampel Kopi Wonda Booster bagi membantu orang ramai kembali menyegarkan tubuh dan minda mereka.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, promosi persampelan inovatif dan menarik itu direka bagi memenuhi keperluan prosedur operasi standard (SOP) dalam suasana norma baharu sekarang.
“Kami ingin menunjukkan, walaupun berdepan pematuhan SOP, kita masih boleh kekal positif dan menikmati kopi kegemaran masing-masing melalui peti ais pensampelan tanpa sentuh dan tanpa perlu meletakkan jurujual bagi memberi sampel minuman. Jarak dijaga, keselamatan turut terjamin,” katanya.
Sementara itu, penghantar makanan, Syahid Ramli, 30, berkata, promosi itu sangat unik, menarik dan memudahkan serta berharap ia dapat diperluaskan ke lokasi lain.
“Langkah ini menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur dan berebut seperti dahulu, malah akan menarik lebih ramai penggemar Kopi Wonda untuk mengambil sampel kopi tanpa sentuh,” katanya.
Bagi pekerja bahagian teknologi di Transit Aliran Ringan (LRT), Mohd. Faiz Anuar Mushaddad, 34, dia teruja kerana peti ais tanpa sentuh Kopi Wonda di stesen-stesen LRT itu lain daripada yang lain.
“Selain menarik lebih ramai penggemar kopi, kita dapat menjaga jarak sewaktu mengambil sampel minuman tanpa perlu bersesak-sesak dan dapat merasa perbezaan kopi yang ditawarkan,” katanya.
Pembantu kedai, Halida Varu, 41, pula berkata, ini adalah pengalaman kali pertama dia dapat merasa sampel minuman tanpa sentuh yang disediakan Kopi Wonda.
“Saya memang suka minum kopi, rasa Kopi Wonda Booster sangat pekat dan sedap. Peti ais tanpa sentuhan ini sangat unik dan menarik,” katanya.
Kopi Wonda akan terus melancarkan pengambilan sampel tanpa sentuh itu di beberapa lokasi lain. Maklumat lanjut lokasi dan promosi boleh didapati di Facebook WondaCoffeeMalaysia. – UTUSAN ONLINE