Izzaddin Pengerusi Celcom Axiata - Utusan Malaysia

Izzaddin Pengerusi Celcom Axiata

IZZADDIN IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Axiata Group Berhad (Axiata) mengumumkan Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap bakal Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Izzaddin Idris sebagai Pengerusi Celcom Axiata Bhd. berkuat kuasa 16 Oktober ini.

Menurut Axiata dalam kenyataan, Izzaddin bakal mengambil alih tugas Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang telah menyatakan hasrat untuk bersara pada 15 Oktober hadapan.

Namun dalam masa yang sama, Jamaluddin akan meneruskan tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata sehingga penghujung Disember 2020.

Axiata berkata, langkah yang dilakukan konglomerat telekomunikasi itu sebagai satu daripada rancangan bagi memastikan pelan peralihan kepemimpinan berjalan lancar.

“Lembaga Pengarah Celcom Axiata dan Axiata menerima berita itu dengan berat hati tetapi berterima kasih kepada Jamaluddin yang telah berkhidmat dengan dedikasi selama 12 tahun.

“Jamaludin memegang jawatan sebagai Pengerusi Celcom sejak pemisahan Celcom dan Telekom Malaysia International (TMI) daripada Telekom Malaysia pada 2008,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid menyatakan penghormatan kepada Jamaludin di atas wawasan, kepemimpinan dan keputusan yang efektif.

“Kami gembira pelan peralihan kepemimpinan berjalan lancar dan percaya Jamaludin telah meletakkan laluan tepat untuk syarikat ikuti didorong oleh asas kukuh yang telah dibina.

“Kami yakin dengan pertumbuhan kekuatan di bawah bimbingan Izzaddin terutama dalam membentuk Celcom Axiata untuk terus berdaya tahan dan berjuang sesuai dalam era digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya