Grab perluas operasi di Johor - Utusan Malaysia

Grab perluas operasi di Johor

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (dua dari kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib memakai topi keledar dan beg GrabFood sempena perasmian Karnival Mini DesaMall@KPLB di Pusat Komuniti Desa Air Merah, Mersing, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Syarikat e-hailing, Grab memperluaskan perkhidmatannya di Johor meliputi Mer­sing dan Segamat bagi memperkasa komuniti luar bandar dalam ekonomi digital selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ketua Luar Bandar Grab Malaysia, Ben Chin berkata, rancangan tersebut yang bakal di­ikuti perkhidmatan GrabFood dan GrabMart dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

“Ini sebahagian usaha Grab untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutamanya di luar bandar.

“Pengembangan ini sebahagian usaha kami bagi meme­nuhi keperluan rakyat khususnya mewujudkan lebih ba­nyak peluang pekerjaan ekonomi gig,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Grab Malaysia mempunyai perkhidmatannya di Johor Bahru, Batu Pahat, ­Kluang dan Muar.

Menurut Ben Chin, pada masa sama, pihaknya mahu mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan me­rangkumi sektor pengangkutan, penghantaran makanan dan bara­ngan.

“Melalui usaha ini, kami berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan tempatan dan rakan kongsi lain untuk terus menyokong kegiatan ekonomi digital di kawasan masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN