FBM KLCI terus momentum kejatuhan - Utusan Malaysia

FBM KLCI terus momentum kejatuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus mengalami sentimen penurunan akibat aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham sarung tangan termasuk Top Glove Corp. Bhd. dan Hartalega Holdings Bhd. yang mendorong penurunan prestasi indeks utama negara itu.

Indeks penanda aras FBM KLCI jatuh 6.60 mata atau 0.44 peratus kepada 1,490.12 mata ketika ditutup pada sesi dagangan semalam berbanding 1,496.72 mata yang dicatatkan pada pukul 5 petang Rabu. Ia merupakan paras terendah sejak 26 Jun lalu apabila merekodkan 1,488.14 mata.

Keputusan tersebut menyaksikan kemelesetan selepas Bursa Malaysia mengukuh melepasi 1,500 mata kepada 1,502.22 mata semasa sesi dibuka sebelum berlegar antara 1,474.23 hingga 1,504.03 mata sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran kekal negatif dengan 1,022 kaunter mengalami kerugian berbanding 200 untung manakala 293 kaunter tidak berubah, 530 tidak didagangkan dan 32 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.40 bilion saham bernilai RM5.48 bilion daripada 7.69 bilion saham didagangkan berjumlah RM4.89 bilion kelmarin.

Indeks Kesihatan Bursa menerima kesan kejatuhan ter­tinggi pada kadar -8.0 peratus atau merudum 272.74 kepada 3,145.20 mata.

Pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada kadar 1.75 peratus, menyaksikan Indeks Kewangan Bursa meningkat 0.17 peratus atau 20.96 kepada 12,701.18 mata.

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Top Glove jatuh 70 sen kepada RM6.45 sesaham manakala pesaing terdekatnya, Hartalega susut RM1.12 kepada RM11.88.

Kuala Lumpur Kepong Bhd. mengetuai senarai kaunter yang mencatatkan keuntungan apabila meningkat 0.58 mata atau 2.60 peratus kepada RM22.90 sesaham berbanding RM22.32 ketika ditutup pada Rabu dengan 1,687 saham didagangkan.

Prestasi tersebut menyaksikan permodalan pasaran satu daripada syarikat perladangan terbesar negara itu berada pada kadar RM24.76 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya