Ekonomi: Bakal PM Jepun hadapi tekanan - Utusan Malaysia

Ekonomi: Bakal PM Jepun hadapi tekanan

Pemulihan ekonomi Jepun yang mencatatkan kejatuhan teruk pada suku kedua tahun ini, merupakan cabaran terbesar kepada bakal perdana menteri negara itu. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Prestasi ekonomi Jepun yang bertambah buruk pada suku kedua bakal memberi tekanan kepada perdana menteri baharu yang akan dilantik pada pertengahan September ini.

Perdana menteri baharu yang akan menggantikan Shinzo Abe pada 14 September ini akan menghadapi cabaran besar untuk mengambil langkah-langkah sokongan ekonomi yang lebih berani mendepani isu kemelesetan disebabkan pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yashihide Suga yang disebut-sebut bakal perdana menteri baharu bekata, beliau sedia mening­katkan perbelanjaan sekiranya dipilih memimpin negara itu.

Negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu merosot 28.1 peratus pada April hingga Jun, berbanding unjuran awal sebanyak 27.8 peratus, mengikut data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semalam.

Penurunan hampir sama direkodkan dengan ramalan pasaran median merosot kepada 28.6 peratus dalam tinjauan Reuters.

Kajian menunjukkan, penurunan perbelanjaan modal sebanyak 4.7 peratus, jauh lebih buruk daripada penurunan awal sebanyak 1.5 peratus susulan pandemik Covid-19 yang mengekang sektor ekonomi untuk beroperasi.

Ahli ekonomi kanan di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities, Hiroshi Miyazaki berkata, beliau tidak menjangkakan perbelanjaan modal akan bertambah kerana syarikat tidak akan meningkatkan perbelanjaan disebabkan prospek sangat tidak menentu.

Jepun baru-baru ini menyaksikan peningkatan jangkitan baharu tetapi tidak mempunyai jumlah kematian yang banyak berbanding di negara-negara barat.

Jumlah kes di negara itu mencecah 72,321 pada Isnin, dengan 1,380 kematian berban­ding jumlah global lebih 27 juta kes dan lebih 888,000 kematian.

Ekonomi Jepun telah menunjukkan beberapa tanda penguncupan setelah merosot dalam tiga perempat penguncupan berturut-turut, bagaimanapun pengeluaran kilang meningkat pada Julai menunjukkan kadar terpantas yang direkodkan kerana kenaikan permintaan kenderaan.

Ini menunjukkan pemulihan mula bergerak sederhana, namun data menunjukkan perbelanjaan isi rumah turun 7.6 peratus lebih besar daripada jangkaan pada Julai.

Selain itu, jumlah gaji yang turun bagi bulan kelima berturut-turut memberi tekanan yang lebih tinggi bagi perbelanjaan pengguna.

Dalam pada itu, syarikat automotif Honda Motor Co. (Honda) menjangkakan penurunan keuntungan operasi tahunan, manakala syarikat kosmetik Shiseido Co. pula menjangkakan kerugian bersih sepanjang tahun kerana wabak Covid-19 telah menjejaskan penjualan kosmetik.

Bank Jepun (BoJ) dijangka menggunakan data baharu sebagai petunjuk dalam menilai semula kadar faedah minggu depan dengan ramai pihak menjangkakan ia tidak berubah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya