CIMB, StarHub meterai RM270 juta perjanjian pembiayaan mapan - Utusan Malaysia

CIMB, StarHub meterai RM270 juta perjanjian pembiayaan mapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd. mengumumkan telah memeterai perjanjian kemudahan pembiayaan jangka mapan dengan anak syarikat peneraju penyedia komunikasi Singapura, StarHub Group iaitu Malaren International Sdn. Bhd. berjumlah RM270 juta. 

Pemeteraian berkenaan merupakan pembiayaan mapan (SLL) CIMB pertama sejak mengumumkan tawaran SLL pada Januari 2020 dengan komitmen berjumlah RM3 bilion kepada penghutang korporat. 

SLL tersebut juga menjadi pinjaman pertama StarHub melibatkan sasaran prestasi mapan. 

Menurut CIMB dan StarHub dalam kenyataan bersama, kemampanan adalah asas penting kepada operasi dan strategi kedua-dua buah syarikat. 

Sebagai sebuah organisasi yang boleh mempengaruhi amalan mapan terbaik kepada rangkaiannya, CIMB berhasrat untuk memacu pelanggan menerapkan amalan perniagaan bertanggungjawab dengan mengurangkan kesan negatif di samping memberi insentif kepada tingkah laku positif korporat. 

Ketua Pegawai Strategi dan Reka Bentuk Kumpulan CIMB, Gurdip Singh Sidhu berkata, kemudahan yang diberi itu amat bermakna kerana membawa dua organisasi besar bersama dalam urus niaga kesinambungan rentas sempadan Malaysia-Singapura yang pertama. 

Menurutnya, kemudahan yang ditawarkan itu adalah bukti komitmen CIMB dalam memacu agenda kelestarian seluruh ASEAN. 

“Sejak mengumumkan penawaran SLL awal tahun ini, kami berbangga dengan tahap minat tinggi dalam kalangan pelanggan di Malaysia dan juga rantau ini,” katanya dalam kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangan StarHub, Dennis Chia berkata, komitmen strategi mapan syarikat itu dalam usaha memacu perniagaan menyokong pertumbuhan dan pembangunan perkhidmatan baharu dengan mengambil pinjaman mapan pertama bersama CIMB. 

“Kami mengharapkan lebih banyak peluang untuk turut serta dalam pembiayaan mapan bagi memacu perniagaan lestari secara proaktif dan meningkatkan prestasi syarikat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya