CIMB lulus RM7 bilion bantuan bersasar - Utusan Malaysia

CIMB lulus RM7 bilion bantuan bersasar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Bank) telah meluluskan hampir RM7 bilion di bawah Program Bantuan Bersasar CIMB (TAP) dan lain-lain bantuan kewangan kepada lebih 40,000 pelanggan individu, dengan kadar kelulusan hampir 100 peratus.

CIMB dalam kenyataan berkata, sejak awal Ogos, CIMB secara proaktif telah menghubungi 380,000 individu dan 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkemungkinan paling terjejas oleh Covid-19.

“CIMB juga telah meluluskan TAP bernilai lebih RM2.5 bilion kepada PKS, hampir RM700 juta di bawah Tabung Bantuan Khas (SRF/SRF-i) Bank Negara Malaysia (BNM) dan RM400 juta kemudahan bantuan tambahan (CIMB BRF/BRF-i). 

“Pihak bank juga komited penuh dalam menyokong Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bernilai RM1 bilion yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini untuk PKS. 

“CIMB telah menerima permohonan untuk Skim Pembiayaan PKS Penjana (PSF) dan menjangkakan jumlahnya akan bertambah,” katanya. 

Katanya, pihak bank juga menerima permohonan untuk Skim Pembiayaan Pelancongan (PTF) dan CIMB melihat lebih banyak aplikasi akan diwujudkan melalui promosi dan aktiviti yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan BNM,” katanya. 

Berikutan itu, CIMB menggesa pelanggannnya untuk menghubungi bank sekiranya mereka memerlukan bantuan kewangan moratorium pinjaman automatik yang berakhir pada 30 September ini. 

“Pelanggan yang terjejas yang belum menghubungi bank, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi CIMB atau melawat mana-mana cawangan CIMB atau pusat kewangan automatik mengenai pilihan bantuan, termasuk penyusunan dan penjadualan semula (R&R) bayaran. 

“Selain itu, bagi pelanggan PKS boleh melayari https://www.cimb.com.my/frap untuk langkah-langkah bantuan yang ada,” katanya. 

Ujarnya, peminjam yang layak menerima moratorium pinjaman bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik pinjaman tidak akan terpapar dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya