Cari peluang dalam krisis – Tony - Utusan Malaysia

Cari peluang dalam krisis – Tony

TONY Fernandes
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cari peluang dalam krisis. Pesanan itu selalu diberikan oleh Pengasas AirAsia Group. Tan Sri Tony Fernandes (gambar) kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu supaya mereka memanfaatkan kekuatan ekosistem sendiri tanpa bergantung kepada pemasaran berbayar sepanjang pandemik Covid-19.

Serentak itu, AirAsia me­ngumumkan penggabungan per­­khidmatan penyelesaian me­dianya merangkumi teknologi iklan, kandungan dan media di bawah AirAsia Media Group (Air­Asia Media).
Ia menawarkan penyelesaian pemasaran yang unik, menggabungkan teknologi iklan dan data serta saluran kandungan dan penerbitan yang menumpukan kepada pelancong dan budaya pop di ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Media Group, Sumit Ramchandani berkata, kekuatan unik itu berkemampuan untuk berhubung dengan lebih 75 juta pengguna di seluruh dunia melalui 15 rangkaian produk perjalanan, e-dagang dan gaya hidup dalam satu platform data.

“Dengan menggabungkan fungsi media dalam satu kumpulan, kami berharap dapat membantu pemasar dengan lebih baik untuk mencapai sasaran mereka dengan menyediakan data berkualiti untuk mening­katkan pembelian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Penggabungan perkhidmatan ini juga membolehkan AirAsia Media menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang, serta mencari pasukan jualan di Filipina, Thailand dan Indonesia.

AirAsia Media akan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan seluruh ekosistem gaya hidup AirAsia dengan memanfaatkan rangkaian aset media pelbagai saluran yang luas dan pangkalan data yang besar, katanya.

AirAsia Media kini membuka peluang kerjasama dengan agensi dan jenama, terutama yang menumpukan kepada pelancong ASEAN dan budaya pop.

Selain bekerjasama dengan syarikat Tune Hotels, teleport dan banyak lagi, AirAsia Media turut berkolaborasi dengan syarikat dari pelbagai industri seperti makanan dan minuman, fesyen serta perjalanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya