BPMB, dua bank China jalin kerjasama - Utusan Malaysia

BPMB, dua bank China jalin kerjasama

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama pegawai tertinggi BPMB dan dua bank China selepas majlis menandatangani MoU, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan China Construction Bank (Malaysia) Bhd. (CCBM) dan China Construction Bank Corporation cawangan Labuan (CCBL) sebagai satu bentuk kerjasama strategik.

Menurut BPMB dalam kenyataan, MoU yang ditandatangani Jumaat lalu itu merupakan satu daripada asas di bawah Pelan Strategik tiga tahun bermula 2020 hingga 2022 institusi kewangan tersebut.

Katanya, kerjasama tersebut adalah untuk memudahkan kerjasama dalam membiayai projek strategik di Malaysia.

Majlis pemeteraian MoU itu disaksikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan turut dihadiri Pengerusi BPMB, Datuk Zaiton Mohd. Hassan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BPMB, Arshad Mohamed Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif CCBM dan Pegawai Principal CCBL, Felix Feng Qi.

“MoU itu akan menyediakan platform kepada BPMB untuk jangkauan rantau ini dan membuka jalan bagi kerjasama, perkongsian pengetahuan dan bantuan teknikal.

“Selain itu, ia juga akan membolehkan pemindahan pengetahuan antara semua pihak terutama dalam strategi hijau CCBM dan CCBL serta projek Rangka Kerja Penilaian dan Impak BPMB,” kata Arshad dalam kenyataan di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya