BNM, SC terus komited bantu urus perubahan iklim - Utusan Malaysia

BNM, SC terus komited bantu urus perubahan iklim

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) terus komited membantu pengurusan
perubahan iklim di negara ini.

Jawatankuasa tersebut baru selesai mengadakan mesyuaratnya yang ketiga semalam dan hasil mesyuarat tersebut akan menyusun keutamaannya untuk 12 bulan yang akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh BNM dan SC, JC3 akan memanfaatkan sektor kewangan dalam pengurusan iklim melalui kerjasama institusi kewangan
serta program pendidikan yang akan dijalankan.

“Ahli mesyuarat menegaskan betapa pentingnya pengurusan perubahan iklim memandangkan risiko dan impak sistemik ketara yang disebabkan oleh peristiwa iklim boleh memberikan kesan
terhadap kehidupan dan punca pendapatan.

“ Pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini telah memperlihatkan kesan yang sangat luas daripada peristiwa global yang serupa, dengan kejutan permintaan dan penawaran yang merebak merentasi sempadan.

“Hal ini telah meningkatkan keyakinan bahawa kerja-kerja JC3 patut disegerakan demi menyokong usaha membangunkan daya tahan terhadap iklim dan peristiwa yang berkaitan
dengan alam sekitar, serta menjamin peralihan yang teratur ke arah ekonomi lebih mampan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, cabaran utama yang dihadapi dalam pengurusan iklim melalui sektor kewangan adalah kekurangan dan fragmentasi maklumat, jurang pengetahuan teknologi, masalah koordinasi dan kekaburan terhadap strategi kebangsaan.

“Pandangan awal dikongsi mengenai langkah-langkah untuk mengatasi jurang pasaran ini, yang akan dikembangkan lebih lanjut oleh Jawatankuasa Kecil Produk dan Inovasi.

“Ahli mesyuarat juga membincangkan kepentingan pelabur institusi dalam membangunkan produk dan perkhidmatan bagi menangani perubahan iklim dan bersetuju untuk berinteraksi lebih lanjut dengan pelabur institusi bagi mengenal pasti peluang dalam bidang tersebut,” katanya. – UTUSAN

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya