KUALA LUMPUR: Atlas Vending Malaysia Sdn. Bhd telah dinobatkan sebagai Pengendali Mesin Penjual Makanan dan Minuman Terbesar di Malaysia dan Singapura, yang dicatatkan di Malaysia Book of Records.
Dengan jumlah 10,000 mesin yang terletak di dua buah negara, syarikat berkenaan menjadi destinasi runcit terbesar di Malaysia, menawarkan pengalaman pengguna tanpa gesekan yang terintegrasi dengan kemudahan ultra untuk menyokong gaya hidup masa kini.
Ia merupakan pemerolehan terbaharu Etika Holdings dari Advend Systems Pte. Ltd. pada bulan Disember 2019.
Pemerolehan ini merangkumi perniagaan layan diri di Malaysia dan Singapura yang beroperasi dengan nama Atlas Vending.
Ketua Pegawai Eksekutif Advend Group of Companies yang baru dilantik, Santharuban Thurai Sundaram, menyatakan kegembiraannya dengan pencapaian yang luar biasa ini.
“Kami yakin bahawa ini hanya permulaan untuk Atlas Vending dan pasti banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi destinasi runcit terbesar di Malaysia .
Katanya, pasaran mesin vending berkembang dengan cepat menggunakan teknologi layan diri yang menyediakan proses transaksi automatik, mudah, dan selamat.
“Matlamat kami adalah untuk menyesuaikan dengan kehendak pengguna menggunakan terknologi terkini,” katanya.
Penyelidikan, kata beliau, menunjukkan pasaran mesin penjual dagangan dijangka tumbuh sebanyak 17.6 peratus antara tahun 2017 hingga 2023.
“Ditambah dengan kemajuan biometrik dan e-dompet terbaru, mesin automatik mudah alih ini terus popular di rantau ini.
“Perniagaan pengedaran layan diri baru sesuai dengan kemampuan saluran baru yang diperluas oleh Advend Group, yang merangkumi e-dagang, perkongsian inovatif dan banyak lagi,” jelas beliau.
Katanya, pemain industri layan diri juga menjadi lebih kreatif dengan pilihan produk tersedia untuk mesin mereka.
Sebagai syarikat minuman terkemuka, katanya, Advend selalu menawarkan kepada para penggunanya cara yang lebih mudah dan berpatutan untuk membeli produknya.
“Sebagai penyedia minuman terkemuka di negara ini, kami berhasrat untuk melakukan lebih daripada sekadar perniagaan mesin layan diri. Visi kami adalah untuk menjadi destinasi runcit terbesar di Malaysia dan Singapura, dan akhirnya di seluruh Asia Tenggara,” kata Santharuban.