Aplikasi: Google kenakan caj 30% - Utusan Malaysia

Aplikasi: Google kenakan caj 30%

Gambar hiasan/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OAKLAND: Google Alphabet Inc. (Google) akan mengenakan caj sebanyak 30 peratus untuk bayaran dalam aplikasi serta urus niaga digital sebanyak tiga peratus berkuat kuasa tahun depan.

Google memaklumkan, peraturan itu mewajibkan pembangun aplikasi bagi perisian Android di Google Play Store untuk menggunakan sistem pembayaran dalam aplikasinya.

Langkah itu bermaksud pembangun aplikasi yang mempunyai pelanggan membayar secara langsung dengan kad kredit untuk kandungan digital akan beralih menggunakan sistem pembayaran Google selepas 30 September 2021, yang mengenakan caj 30 peratus daripada pembayaran.

Pembangun aplikasi diwajibkan menggunakan sistem pembayaran Google pada pembelian dalam aplikasi yang akan dilaksanakan di Google Play Store, namun belum dikuatkuasakan buat masa ini.

Epic Games, pencipta permainan Fortnite, mengemas kini perisian Android miliknya pada Ogos lalu untuk membolehkan pelanggan membayar secara langsung permainan itu untuk pembelian barang digital dalam aplikasi bagi mengelak pembayaran di Google Play Store.

Google berkata, walaupun Fortnite tetap tersedia di Android, pihaknya bertindak mengeluarkan Fortnite daripada Play Store berikutan ia melanggar peraturan dan menambah, permainan itu dikatakan menggugat Google.

Apple juga mengeluarkan Fortnite daripada App Store susulan Epic Games ‘berperang’ dengan Apple kerana melanggar garis panduan App Store.

Dalam pada itu, Google tidak menyatakan aplikasi lain yang telah melanggar peraturan pembayaran dan pihaknya mendapati 97 peratus pembangun aplikasi yang menjual barang digital sudah mematuhi peraturan yang akan dikuatkuasakan.

Netflix dan Spotify meminta pelanggannya di aplikasi Android untuk menggunakan kad kredit bagi membuat pembayaran secara langsung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya