AirAsia teroka peluang raih modal - Utusan Malaysia

AirAsia teroka peluang raih modal

TONY FERNANDES, Kamaruddin Menarum dan Presiden AirAsia Digital, Aireen Omar pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) sedang meneroka peluang untuk meraih modal bagi penjenamaan semula perniagaan digitalnya, AirAsia Digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ia boleh ditukar kepada hutang atau ekuiti memandangkan kumpulan baharu memulakan proses dan strategi yang tidak memerlukan modal banyak.

“Kami menubuhkan AirAsia Digital ini dengan modal sendiri yang dilancarkan pada 2018 dikenali sebagai RedBeat Ventures, sama seperti kami membangunkan AirAsia dahulu.

“Saya tidak boleh dedahkan dengan tepat berapa jumlah modal syarikat ingin kumpulkan. Setakat ini, kumpulan sudah mempunyai sejumlah mo­dal hutang yang akan menjamin keuntungan platform logistik, Teleport dan perniagaan makanan dan minuman, Santan.

“Tetapi jumlah itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sesi taklimat media AirAsia Digital di sini, semalam.

Ujarnya, AirAsia Digital akan membantu mempelbagaikan pendapatan kumpulan dan platform digitalnya bagi me­ngurangkan kesan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, AirAsia akan pulih kembali seperti kebiasaan dan inisiatif perniagaan digital yang diper­luas­kan akan menjadi sebaha­gian perniagaan bagi syarikat pe­nerbangan tambang rendah itu.

“Kumpulan juga merancang untuk melancarkan laluan baharu Kuching-Langkawi dan laluan domestik di Thailand,” katanya.

Tambahnya, kumpulan juga akan mengembangkan perniagaan Santan ke Manila menjelang suku keempat 2021 sementara New York, United Kingdom dan China pada tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, perniagaan digital seharusnya dapat mengatasi kekurangan pendapatan yang cukup untuk bertahan.

“Mudah-mudahan ia dapat mengurangkan kesannya dan perniagaan digital akan berkembang menjadi perniagaan teras lain untuk Kumpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya