AirAsia lancar perkhidmatan akikah Ikhlas - Utusan Malaysia

AirAsia lancar perkhidmatan akikah Ikhlas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) melancarkan Ikhlas, perkhidmatan baharu akikah sebagai sebuah platform yang memenuhi keperluan gaya hidup Muslim di bawah airasia.com. 

Menurut AirAsia, perkhidmatan baharu itu terdiri daripada akikah luar negara yang merangkumi lebih 35 negara termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin dan Pakistan. 

“Harga perkhidmatan akikah serendah RM580 bagi seekor kambing manakala akikah Mekah, yang mana penyembelihan akan dijalankan di Kota Suci Mekah dengan harga serendah RM499 bagi seekor kambing.

“Daging sembelihan akan diagihkan kepada komuniti yang memerlukan di negara-negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ketua perkhidmatan itu, Ikhlas Kamarudin berkata, perkhidmatan akikah merupakan satu lagi produk mudah dengan harga yang berpatutan di platform syarikat berkenaan bermula dengan pakej akikah luar negara. 

“Ia akan disusuli dengan pakej akikah di dalam negara tidak lama lagi.  Melaksanakan akikah adalah digalakkan bagi umat Islam sebagai tanda syukur untuk bayi yang baru lahir dan antara manfaat lain termasuklah mengumumkan kelahiran bayi, meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan, selain membantu golongan asnaf. 

“Setiap tempahan perkhidmatan akikah melalui Ikhlas juga akan membantu komuniti yang memerlukan termasuk para pelajar, pekerja di barisan hadapan dan ramai lagi,” katanya. 

Tambahnya, setiap tempahan melalui ikhlas.com/aqiqah akan menerima Big Poin iaitu 1 Big Poin bagi setiap RM2 dan sijil rasmi yang memaparkan lokasi bagi setiap akikah yang dilaksanakan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya