AirAsia akan bertahan - Tony - Utusan Malaysia

AirAsia akan bertahan – Tony

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga dari kanan) menunjukkan antara produk makanan keluaran Santan di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad, Tan Sri Tony Fernandes percaya Air Asia akan mampu bertahan dengan cabaran yang dihadapi sekarang.

Bercakap dalam satu wawancara video semalam, Tony menjangkakan industri penerbangan akan pulih dan berbanding kategori lain seperti jarak jauh, perniagaan dan mewah, penerbangan jarak pendek akan pulih paling pantas.

“Di Ireland ini, anda akan lebih berkemungkinan pergi ke Sepanyol berbanding Asia atau Amerika.

“Saya fikir penerbangan perniagaan akan terkesan agak lama (kerana) orang akan persoal, adakah ia perlu memandangkan ada (aplikasi) Zoom dan sebagainya, tetapi ia akan kembali,” katanya seperti dipetik The Irish Times.

Kata Tony, industri pelancongan akan pulih apabila vaksin ditemui dan proses rawatan serta ujian akan dilakukan dengan lebih pantas dalam masa terdekat.

Tambah beliau, penduduk dunia kini sudah terlalu ‘global’ untuk menafikan keperluan pelancongan dan pengembaraan.

Mengulas pandemik Covid-19, beliau berpendapat krisis tersebut adalah yang paling buruk pernah disaksikannya.

“Namun, hanya ada satu perkara yang anda boleh lakukan dalam hidup ini, iaitu melawan. Itulah cabarannya, anda perlu berkumpul semula, atur semula, buat segalanya semula dan kembali dengan lebih kuat.

“AirAsia akan bertahan,” katanya selepas memuji kakitangannya yang disifatkan mempunyai semangat melawan yang menakjubkan.

Semalam, AirAsia dilaporkan mungkin sekali lagi terpaksa memberhentikan beratus-ratus pekerja dalam usaha bertahan dalam industri yang dilanda krisis Covid-19.

Laporan tersebut memetik sumber yang mempunyai akses maklumat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Malaysia, Riad Asmat dalam sesi dialog awam kelmarin.

Tony yang ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Sijil Francais Santan di sini semalam bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berkenaan perkara tersebut.

Dalam majlis itu itu, Tony berkata, operasi Santan dijangka menyumbang sekitar 15 peratus kepada perolehan Kumpulan dalam tempoh tiga tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya