50,000 produk bumiputera ke pasaran global - Utusan Malaysia

50,000 produk bumiputera ke pasaran global

Ti Lian Ker (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Ketua Wanita Perdasama Putrajaya, Rohana Maamur (dua dari kiri) dengan Pengarah Urusan JOCOM MShopping Sdn. Bhd., Agnes Chua di Putrajaya, semalam.– UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 50,000 pro­­­­duk usahawan bumiputera akan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa termasuk ke China, Indonesia dan Australia melalui platform digital Just Order Conveniently on Mobile (JOCOM).

Langkah itu sebagai usaha untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama di bawah Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama) melalui kerjasama syarikat peruncitan dalam talian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif JOCOM, Joshua Sew berkata, syarikat berkenaan mempunyai pembeli bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat global seperti China.

“Peranan kami ialah untuk membantu syarikat PKS Melayu untuk mendigitalisasikan perniagaan bagi pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Perdasama sebagai usahasama mendigitalkan perniagaan usahawan Melayu di sini semalam.

Kerjasama ini juga menjadi platform dan peluang bagi usahawan-usahawan di bawah persatuan itu memasarkan barangan secara e-dagang sekali gus meluaskan jaringan pasaran produk mereka.

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker; Ketua Wanita Perdasama Putrajaya, Rohana Maamur dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng.

Mengulas lanjut, Joshua berkata, kerjasama tersebut akan memanfaatkan kedua-dua pihak dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara di samping menggalakkan usahawan muda menceburi perniagaan secara digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya