Tiada jaminan isu TH selesai-Mujahid - Utusan Malaysia

Tiada jaminan isu TH selesai-Mujahid

MUJAHID YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa tidak memberi jaminan bahawa isu berkaitan Tabung Haji (TH) akan selesai dengan Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Menurut Mujahid, beliau masuk ke Parlimen bersama Datuk Seri Azeez Abdul Rahim  pada 2008 dan secara peribadi tidak mempunyai isu.

“Cuma saya tidak dapat mengawal keadaan politik di luar sana. Di Malaysia lebih bersifat politik daripada melihat isu sebenar berbanding apa yang sedang dibincangkan.

“Saya tiada jaminan selepas ini akan selesai tetapi boleh minum teh di Parlimen bersama-sama,” katanya ketika menjawab pertanyaan Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator dalam Program Berani Semuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam.

Dalam pada itu, Azeez yang merupakan bekas Pengerusi TH menyatakan kesediaan untuk berhenti dalam membahaskan isu institusi tersebut demi ummah dan pendeposit.

Azeez turut mencabar Mujahid menghentikan perbalahan itu dan bangunkan TH bersama-sama dalam membina ummah.

“Tubuhkan RCI dan siasat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan akan menanggung sekiranya terdapat kes.

“Namun, hentikan polemik berkaitan TH kerana banyak lagi topik yang boleh dibahas di padang politik,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya