HOUSTON: Chevron Corporation (Chevron) menawarkan AS$5 bilion (RM21 bilion) untuk memperoleh Noble Energy (Noble).
Langkah itu susulan syarikat minyak terbesar Amerika Syarikat (AS) tersebut mengemukakan cadangan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus pegangan saham syarikat berkenaan di telaga gas asli, Eastern Mediterranean, semalam.
Sekiranya berlaku, penggabungan semua saham akan meningkatkan pegangan shale oil Chevron AS dan memberi aset gas asli yang luas di luar pantai Israel.
Leviathan merupakan satu penemuan gas luar pesisir terbesar di dunia pada dekad yang lalu, telah membekalkan gas ke Israel, Mesir dan Jordan.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa semalam, Noble mencari rakan kongsi untuk membantu membiayai pelaburan bernilai berbilion dolar yang diperlukan untuk Leviathan, pada tahun lalu.
Syarikat itu menolak Chevron mengunjungi kemudahan Leviathan pada Februari, bagaimanapun beberapa minggu kemudian bersetuju dalam perjanjian kerahsiaan dan mula membincangkan operasi mereka di wilayah itu.
Ketika pasaran tenaga global jatuh pada bulan itu dan Noble melaporkan kerugian suku pertama hampir AS$4 bilion (RM16.79 bilion), lembaga memilih penjualan syarikat daripada perkongsian serantau.
Syarikat itu menghubungi lapan syarikat yang berminat dalam pegangan di wilayah Asia Barat dan mengadakan perbincangan dengan enam bakal pembeli.
Ujar laporan itu, alternatif Chevron itu dianggap berisiko tinggi atau tidak menghasilkan apa-apa faedah secara material.
Tawaran Chevron ke atas Noble bernilai AS$10.38 (RM43.60) sesaham, premium 7.5 peratus kepada harga penutupannya sebelum perjanjian itu dimeterai.
Ini termasuk andaian hutang, harga pembelian kira-kira AS$13 bilion (RM54.6 bilion).
Melalui perbincangan mereka, Chevron bersetuju untuk menaikkan nisbah pertukarannya manakala Noble melepaskan force-the-vote provision dan bersetuju membayar yuran penamatan yang lebih tinggi sekiranya perjanjian itu tidak ditamatkan.
Pembelian tersebut masih perlu mendapat undi pemegang saham Noble, yang diharapkan akan mempersetujuinya.
Saham Chevron pada Selasa susut 6 sen kepada AS$89.67 (RM376.61) manakala Noble rugi 4 sen kepada AS$ 10.65 (RM44.73). – AGENSI