Tambahan dasar baharu tangani gelombang kedua - Utusan Malaysia

Tambahan dasar baharu tangani gelombang kedua

KERJASAMA akan mempercepatkan transformasi digital dan integrasi kewangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan ekonomi masih dirasakan berikutan kebimbangan berlakunya gelombang kedua penularan Covid-19 apatah lagi wabak itu masih belum dapat ditangani secara keseluruhan.

Justeru, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berpendapat, pengenalan beberapa dasar baharu sebagai tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi se­­dia ada masih boleh dilakukan sekiranya ge­lombang kedua me­landa negara.

Katanya, ketidaktentuan disebabkan pandemik Covid-19 itu masih menyelubungi global sekali gus telah menyebabkan kemelesetan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau berkata, langkah kerajaan membuka semula ekonomi secara berperingkat sejak awal Mei lalu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat, penguatkuasaan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dipertingkatkan telah berjaya memastikan wabak itu dikawal.

“Langkah pencegahan membantu membendung penularan dan mengurangkan jumlah kes di samping tiada lagi keperluan memperkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang kemungkinan boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi.

“Masih ada ruang untuk tambahan dasar baharu seperti melebarkan polisi institusi kewangan melangkaui mandat supaya ekonomi negara mampu berdaya tahan dalam ke­adaan mencabar ketika ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya