Syarikat IoT TNB unggul di Asia Pasifik - Utusan Malaysia

Syarikat IoT TNB unggul di Asia Pasifik

Operasi bacaan meter dan waktu kedai TNB berjalan seperti biasa sepanjang PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat Internet of Things (IoT) milik Tenaga Nasional Berhad, Maevi Sdn. Bhd. (Maevi) memenangi anugerah Frost & Sullivan pada majlis Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Tahunan Ke-18 baru-baru ini.

Kemenangan itu bagi kategori `Penyelesaian Pengurusan Tenaga Inovasi Produk Baharu Malaysia 2020’

Maevi, peneraju sistem pengurusan tenaga pintar bagi bangunan, dimiliki TNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES).

Majlis anugerah yang julung kali diadakan secara maya itu berlangsung pada 8 Julai lalu.

Sebanyak 15 pemenang anugerah dari rantau Asia Pasifik diumumkan untuk enam sektor utama iaitu Automotif, Tenaga, Industri Pembinaan dan Alam Sekitar, Kesihatan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Logistik.

Anugerah Frost & Sullivan itu mengiktiraf pelbagai syarikat yang memacu trend positif di peringkat Asia Pasifik berdasarkan kajian menyeluruh membabitkan petunjuk prestasi masa nyata seperti penguasaan pasaran, pertumbuhan pulangan, jumlah pelanggan dan inovasi teknologi.

Anugerah telah diterima secara maya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maevi, Izham Ismail.

Pengerusi Maevi merangkap Pengarah Urusan TNBES, Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd. Hamid menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu lagi pengiktirafan besar kepada usaha TNB dalam membangunkan dan mempromosikan kecekapan tenaga.

“Ia juga menjadi penanda aras baharu bahawa TNB akan terus memacu ke hadapan dalam bidang kecekapan tenaga,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Maevi yang membangunkan produk berasaskan IoT menyediakan peranti pemantauan tenaga yang membantu pengguna mengawal penggunaan elektrik secara berhemah.
Selain itu, Maevi menawarkan peranti pemantauan keselamatan dan automasi kediaman pintar yang boleh dikawal melalui telefon pintar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya