Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS, didorong harga minyak - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS, didorong harga minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dibuka hari ini,  didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan itu diniagakan pada paras 4.1830/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1950 sewaktu penutupan semalam.

Minyak mentah Brent diperdagangkan 0.31 peratus kepada AS$45.29 (RM189.65) setong. 

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit akan terus mendapat sokongan yang lebih baik daripada pemulihan ekonomi global yang dijangkakan, dengan syarat China mengesahkan semula perjanjian perdagangan Fasa 1 yang ditandatangani dengan AS pada Januari tahun ini.

“Kedua-dua pihak terlibat dalam perbincangan perdagangan penting pada Sabtu.

“Pemulihan ekonomi yang lebih baik berkemungkinan akan beralih kepada dolar AS yang lebih rendah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) pada September, tetapi kenaikan hasil AS memberi cabaran kepada pandangan itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Edge.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.4634/4729 daripada 5.4675/4745 semalam, dan sedikit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0504/0552 daripada 3.0506/0547.

Berbanding yen Jepun, mata wang tempatan itu meningkat kepada 3.9203/9271 daripada 3.9232/9290, sementara berbanding euro, jatuh kepada 4.9405/9480 daripada 4.9300/9375 semalam.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya