Prestasi ringgit dipengaruhi gelombang kedua - Utusan Malaysia

Prestasi ringgit dipengaruhi gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prestasi baik yang ditunjukkan ringgit di­jangka dipengaruhi penularan gelombang kedua Covid-19 ­walaupun diyakini akan dipacu oleh pengukuhan mata wang Asia lain yang mendapat manfaat daripada kadar faedah rendah, perbezaan pertumbuhan rantau ini dan ekonomi per­industrian.

Bukan itu sahaja, Ambank Research dalam nota kajiannya memberitahu, prestasi mata wang negara turut bergantung kepada perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, ketegangan geopolitik dan pergerakan harga komoditi yang tidak menentu.

Pada masa sama, menurut Ambank Research, kegagalan ekonomi domestik dan global untuk bangkit semula selepas berakhirnya Covid-19 di sam­ping risiko penurunan oleh FTSE Russell dan agensi penarafan ­turut mendorong kepada prestasi ­ringgit.

“Secara keseluruhan, ekonomi negara mungkin terkesan dalam suku kedua dan sepatutnya pulih secara sederhana pada separuh kedua 2020 disokong oleh langkah-langkah pemulihan ekonomi,” katanya.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, kata Ambank Research, ringgit akan terus mencatatkan prestasi baik dipacu oleh pe­ngukuhan mata wang Asia lain yang mendapat manfaat daripada kadar faedah rendah, perbezaan pertumbuhan antara rantau dan ekonomi perindustrian.

Sokongan untuk mata wang tempatan juga dilihat bertambah kukuh sekiranya pemulihan AS terhalang disebabkan pe­ningkatan kes Covid-19, sekatan pergerakan tempatan dan ­ketika Rizab Persekutuan AS memulakan lebih banyak program pelonggaran kuantitatif untuk merancakkan ekonomi.

Segala keputusan itu membolehkan penempatan semula aset yang mungkin boleh me­nguntungkan rantau ini ter­utama semasa China dijangka menjadi ekonomi utama yang keluar daripada penguncupan ekonomi yang teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya