Paten: Apple diarah bayar Optis AS$506.2 juta - Utusan Malaysia

Paten: Apple diarah bayar Optis AS$506.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Apple Inc. (Apple) perlu membayar AS$506.2 juta (RM2.12 bilion) kepada Optis Wireless Technology (Optis) sebagai royalti paten berkaitan teknologi 4G di iPhone dan peranti lain.

Perintah itu dikeluarkan oleh seorang juri persekutuan di sini setelah mendapati syarikat berkenaan melanggar lima pa­ten milik Optis.

“Pelanggaran itu disengajakan,” kata juri berkenaan. Ini bermakna, jumlah tersebut boleh meningkat sehingga tiga kali ganda jika kes berkenaan dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Rodney Gilstrap.

Optis dan rakan kongsinya dalam kes tersebut, Panoptis Patent Management dan Unwired Planet LLC mendakwa, telefon pintar, jam tangan dan tablet Apple yang beroperasi di atas standard selular LTE menggunakan teknologinya.

Sebaliknya, Apple berkata, hak paten itu tidak sah dan berjanji untuk mengemukakan rayuan.

“Tuntutan undang-undang seperti ini oleh syarikat yang mengumpulkan hak paten hanya mengganggu industri, menyekat inovasi dan membahayakan pengguna,” kata Apple dalam satu kenyataan.

Apple turut berdepan kes tuntutan sama di daerah Timur Texas dan berkemungkinan diperintahkan membayar ganti ganti rugi setengah bilion.

Dalam kes berkenaan, VirnetX Holding Corp. (VirnetX) menuntut royalti daripada Demand, rangkaian maya peribadi milik Apple.

Seorang juri sebelum ini telah menganugerahkan AS$503 juta (RM2.11 bilion) kepada VirnetX, tetapi mahkamah rayuan memerintahkan perbicaraan se­mula setelah mendapati liabiti kes ada asas.

Perbicaraan VirnetX dijadualkan minggu depan di Tyler.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Daerah, Robert Schroeder menangguhkan hingga Oktober berikutan wilayah itu masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Usaha Apple sebelum ini tipis untuk menangguhkan perbicaraan ke Oktober, selepas penghujahan pada Julai meskipun terdapat kurang kes di wilayah itu.

Peguam Optis, Jason Sheasby dari Irell dan Manella menyatakan, perbicaraan juri paten itu yang pertama di Amerika Syarikat (AS) sejak pandemik berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya