KUALA TERENGGANU: Penularan wabak Copvid-19 tidak menjejaskan jualan telefon pintar OPPO yang tampil dengan model terbaharunya, OPPO RENO 4 dilancarkan awal bulan ini.
Pengarah Runcit OPPO Malaysia, Dany Ding berkata, setakat ini hampir 2,000 unit model berkenaan telah ditempah di seluruh negara dalam tempoh hanya dua minggu.
Beliau berkata, jenama OPPO mendapat permintaan baik terutama dalam kalangan anak muda.
Katanya, pembukaan cawangan sulung OPPO di KTCC Mall di sini bakal memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.
“Cawangan ini merupakan yang kelima beroperasi di negara ini. Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jualan tetapi juga servis membaiki telefon,” katanya pada majlis pelancaran cawangan itu di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE