KUALA LUMPUR: Sejak kali pertama MR. D.I.Y. dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, peruncit perkakas rumah Malaysia bertekad untuk memberi makna
dalam kehidupan semua rakyat Malaysia. Moto syarikatnya yang mengutamakan pelanggan,
“Always Low Prices”, terus menjadi pegangan dalam usaha membantu rakyat Malaysia berjimat dan menikmati kehidupan yang lebih baik.
Kini, model perniagaan baharu peruncit ini memainkan peranan penting bagi memacu kekuatan dan perkembangan kukuh syarikat dalam bidang peruncitan Malaysia yang kian berubah.
Malah, peruncit ini bakal mengatasi jangkaan semua rakyat Malaysia dengan pembukaan cawangan MR.DOLLAR pertama di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.
Berasaskan konsep kedai nilai Ringgit, MR.DOLLAR menawarkan produk pada harga tetap yang lebih rendah — membantu pelanggan memanfaatkan sepenuhnya nilai Ringgit mereka dalam
ruang yang ditambah baik dan dinaik taraf meliputi keluasan kira-kira 7,000 kaki persegi, dengan lorong yang luas dan penyaman udara untuk pengalaman beli-belah serba selesa.
Berlandaskan cogan kata “Always RM2 or RM5”, MR.DOLLAR menawarkan pilihan produk meliputi 10 kategori — Coklat & Gula-Gula; Snek & Biskut; Bahan Masak; Barangan Barangan
Keperluan Dapur; Minuman; Bakeri; Dingin & Beku; Keperluan Isi Rumah; Perkakas; dan Alat Tulis, Mainan & Sukan — semuanya dijual pada harga sama ada RM2 atau RM5!
Rakyat Malaysia boleh membeli jenama makanan dan minuman kegemaran mereka seperti Maggi, Oreo, Coca Cola, dan banyak lagi di MR.DOLLAR.
Sempena dengan pembukaan rasmi cawangan MR.DOLLAR yang pertama pada 29 – 30 Ogos 2020, promosi dan hadiah menarik ditawarkan untuk semua (sila lihat muka surat seterusnya).
Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., En. Andy Chin, berkata: “MR.DOLLAR dibuka ketika ramai rakyat Malaysia semakin cermat dalam mengurus kewangan peribadi mereka.
“MR.DOLLAR menawarkan produk kualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Kami mahu berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia agar dapat mengurangkan kos sara hidup sambil memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih berjimat dan menikmati kehidupan yang lebih baik.
“Kami juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa MR.DOLLAR mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka, dan akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard
keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kami juga berhasrat untuk membuka 10 cawangan MR.DOLLAR di sekitar Lembah Klang pada tahun ini,” tambah Chin.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, kunjungi laman web MR.DOLLAR, www.mrdollar.co, atau media sosial — Facebook dan Instagram @mrdollarmalaysia dan
@mrdollar.malaysia, atau telefon Talian Perkhidmatan Pelanggan MR.DOLLAR di 03-89611338.
Aktiviti sempena pembukaan rasmi cawangan MR.DOLLAR Taman Maluri Cheras 29 – 30 Ogos:
- Aktiviti 1: Hadiah Dengan Pembelian – Pek Beras PERCUMA (29 – 30 Ogos 2020)
Dapatkan satu pek beras percuma dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit
Terhad kepada 500 penebusan pertama sehari sepanjang kempen selama 2 hari
- Aktiviti 2: Hadiah Dengan Pembelian – Topeng Muka PERCUMA (29 – 30 Ogos 2020)
Dapatkan 1 kotak, 50 keping topeng muka percuma dengan pembelian minimum RM50
dalam satu resit
Terhad kepada 500 penebusan pertama sehari sepanjang kempen selama 2 hari. - Aktiviti 3: Sampel Makanan Milo & Maggi (29 – 30 Ogos 2020)
Dapatkan sampel minuman Milo / Maggi percuma semasa mengunjungi
Tempoh pemberian: 9pg – 12tgh hari; 1pm – 4pm
- Aktiviti 4: Putarkan Ringgit! (29 – 30 Ogos 2020)
Belanja RM50 dan ke atas dalam satu resit dan anda berpeluang memenangi lebih daripada
900 hadiah
Masa: Sepanjang Hari (9AM-10PM) - Hadiah: (6 Hadiah Utama, 12 Hadiah Kedua, 900 Hadiah Sagu Hati) selama 2 hari
- Aktiviti 5: Peraduan Belanja & Menang (60 hari dari 7 Ogos – 6 Oktober 2020)
Berbelanja RM30 dan ke atas dalam satu resit untuk berpeluang memenangi Periuk Nasi
Hadiah: 1 Periuk Nasi x 3 pemenang