Microsoft hentikan perisian ‘chat’ - Utusan Malaysia

Microsoft hentikan perisian ‘chat’

ORANG ramai melalui pejabat Microsoft di Amerika Syarikat. Syarikat teknologi itu mahu menghentikan operasi perisian ‘chat’ selepas didapati ketinggalan berbanding perisian dikeluarkan syarikat pesaing. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Microsoft mengumumkan kumpulan perisian chat tidak akan tersedia lagi di pelayar web Internet Explorer (IE) pada 30 November, dan 365 aplikasinya, manakala Office pula tidak akan berfungsi di IE mulai 17 Ogos 2021.

Keputusan itu dibuat berikutan IE tidak lagi menjadi pilihan pengguna, bahkan Microsoft juga jauh ketinggalan di belakang berbanding pesaingnya.

Walaupun begitu, IE masih wujud setelah 25 tahun pelayar web internet yang paling ba­nyak digunakan itu, berada di paras yang stabil selama bertahun-tahun.

Menurut NetMarketShare, pasaran saham IE jatuh 50 peratus pada 2010 kepada empat peratus tahun ini berbanding Google yang menjadi peneraju pelayar web yang menguasai 71 peratus saham dalam pasaran.

Berdasarkan sejarah, IE di­bangunkan pada 1995 sebagai sebahagian daripada Windows 95 dan menjadi teraju pantas ketika itu.

Ia berjaya menghentikan Netscape Navigator, dan mendominasi pasaran pada awal 2000. Kemuncaknya pada 2002, IE menguasai 95 peratus pasaran pelayar web.

Namun Microsoft gagal melakukan inovasi, pada dasarnya membiarkan IE 6 berdiri sendiri selama lima tahun menyebabkan pengguna berasa kecewa dan mencari pelayar web yang lain.

IE juga disifatkan sebagai bugs, mempunyai masalah keselamatan dan teknologi ketinggalan zaman.

Microsoft kemudian melancarkan IE 7 pada 2006, namun terdapat kelemahan sehingga menyebabkan Microsoft gagal menyaingi pelayar Firefox dan kemudian Google Chrome mengatasinya. Kedua-dua pelayar itu dilancarkan dengan fungsi teknologi yang lebih pantas dan pakej reka bentuk lebih menarik.

Pada 2011, IE 9 pula dilancarkan oleh Microsoft dengan pelayar web versi moden. Sehingga hari ini, IE masih tidak menyokong peluasan, dan ia tidak tersedia pada peranti bukan Windows selain tidak diselaraskan dengan peranti lain terutama Chrome dan Firefox.

Microsoft mengakui bahawa IE tidak sesuai untuk melayari laman web.

“Pelanggan telah menggu­na­kan IE 11 sejak 2013 ketika masih dikira ‘canggih’ berbanding landskap hari ini.

“Sejak daripada itu, standard web terbuka dan pelayar web yang lebih baharu seperti Microsoft Edge dilihat lebih lebih baik dan lebih inovatif dalam talian,” kata syarikat itu dalam pengumumannya pada Isnin.

Oleh disebabkan itu, sejak lima tahun kebelakangan ini, Microsoft telah berusaha namun tidak berjaya untuk menghapuskan IE.

Dalam bual bicara Ask Me Anything di Reddit pada 2014, jurutera IE Microsoft mengakui syarikat itu mempertimbangkan pertukaran nama untuk memadamkan persepsi negatif yang diterimanya sepanjang IE beroperasi.

Sebagai ganti, Microsoft mengembangkan pelayar web baharu iaitu Edge pada 2015 namun Edge sebenarnya tidak menggantikan IE kerana ia dipasang pada PC Windows bersama Edge.

Sebilangan besar pemilik PC Windows 10 mungkin tidak pernah menyedari yang IE dipasang di komputer mereka. Edge, pelayar web moden, didasarkan pada Chrome, secara terbuka menerusi Google sekali gus mendapat daya tarikan lebih tinggi daripada IE.

Microsoft menyatakan IE belum lagi hilang.

“Kami ingin menjelaskan bahawa IE 11 tidak akan hilang malah aplikasi dan pelaburan IE 11 merupakan legasi yang akan terus berfungsi,” kata Microsoft. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya