McDonald’s sasar 450 cawangan 2025 - Utusan Malaysia

McDonald’s sasar 450 cawangan 2025

Kakitangan McDonald’s, Putri Fatin Fatiqah Roslee (kanan) dan Shahrul Syalili Mat Sharif menunjukkan hidangan terbaharu Mekdi di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: McDonald’s Malaysia menyasarkan pembukaan cawangan 450 menjelang 2025 selaras hasrat penubuhannya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dengan jangkaan 10,000 tenaga kerja.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai berkata, walaupun banyak syarikat terjejas akibat pandemik Covid-19, pihaknya terus optimis dengan sasaran pembukaan cawangan bagi memenuhi keperluan rakyat tempatan yang hilang pekerjaan.

“Sasaran kita bukan sahaja mengekalkan reputasi dalam perkhidmatan makanan tetapi sebagai sebuah syarikat yang melatih bakat sekali gus membantu mereka membina pekerjaan bersama McDonald’s. Kita hendak memberi semula kepada masyarakat yang terjejas peluang pekerjaan yang disediakan. Kami berharap dapat me­ningkatkan pembangunan modal insan.

“Kita hidup dalam masa yang mencabar, pandemik ini menguji operasi perniagaan di pelbagai peringkat. Kami berbangga melihat kru masih kekal bersama kami dalam masa sukar ini. Malah, segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sesuai dengan semangat tanda pagar #KitaBoleh,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Syarikat francais itu kembali menawarkan menu kegemaran ramai, Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam Nasi Lemak McD dengan Spicy Chicken McDeluxe yang tersedia di semua rangkaian McDonald`s seluruh negara.

Mengulas pembukaan cawangan di Kota Bharu yang muncul cawangan ketiga terbaik, jelas Melati, pihaknya sudah merancang penambahan tersebut berdasarkan permintaan tinggi daripada pelanggan. Bukit Bintang di tangga pertama diikuti rapat cawangan Putrajaya.

“Kami masih buka cawangan baharu tetapi di Kelantan saya belum ada maklumat lengkap, tetapi memang akan berkembang lagi di Kelantan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya