KUMPULAN Etika (Etika) memenangi Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global 2020 yang diraih sempena Anugerah Penjenamaan Majikan ke-14 di Mumbai, India baru-baru ini.
Anugerah tersebut dianjurkan oleh World HRD Congress mengiktiraf Etika sebagai satu daripada lima organisasi teratas yang merangkul anugerah tersebut bagi kategori Strategi Sumber Manusia Terbaik selaras dengan kategori anugerah Perniagaan.
Kumpulan Etika dianugerahkan atas kejayaan berterusan strategi yang pertama dalam mencapai objektif kewangan, operasi dan perniagaan selaras dengan matlamat organisasi ke arah tenaga kerja yang bersiap sedia pada masa hadapan.