Kluster Tawar: Kementerian laksanakan penilaian semula kajian risiko - Utusan Malaysia

Kluster Tawar: Kementerian laksanakan penilaian semula kajian risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan penilaian semula kajian risiko dengan melihat keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Mukim Tawar, Kedah berikutan kluster baharu Covid-19 yang dikesan di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, buat masa ini kerajaan negeri Kedah masih tidak dibenarkan melaksanakan Temco ekoran kuasa mengumumkan terletak pada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebelum mengumumkan apa-apa, kita perlu melihat keadaan tertentu sama ada mahu isytiharkan sesuatu kawasan itu kuning atau merah.

“Kawasan merah sekiranya terdapat 40 kes dan ke atas sementara satu hingga 39 kes berada di kawasan kuning,” katanya selepas merasmikan Kempen Pembayaran Dengan Kad ATM MyDebit Di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memaklumkan bahawa Kedah sedia melaksanakan TEMCO selepas Kluster Tawar dikesan di kawasan itu.

Kes pertama kluster Tawar membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang juga seorang peniaga.

Individu terbabit mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu yang dihadiri seramai 30 orang.

Lelaki tersebut mula mengalami sakit dada serta gejala demam dan segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 8 Ogos lalu

Tambah beliau, perbincangan dan persediaan akan dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan Pejabat Daerah Baling. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN