KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Berhad (BPB) mencatatkan keuntungan sebanyak RM167 juta pada suku kedua 2020, meningkat berbanding RM124 juta tempoh sama tahun lalu.
Menurut BPB, peningkatan itu dipacu oleh kenaikan harga produk berasaskan sawit.
Jelasnya, keuntungan daripada operasi bagi tempoh berkenaan meningkat kepada RM19 juta berbanding kerugian sebanyak 22 juta suku kedua tahun lalu.
“Syarikat merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM5 juta, berbanding kerugian RM35 juta suku sama tahun lalu, tidak termasuk hasil daripada pelupusan tanah bernilai RM120 juta.
“Bagi tempoh kumulatif enam bulan berakhir 30 Jun 2020, Kumpulan merekodkan perolehan lebih tinggi iaitu RM330 juta. Keuntungan daripada peningkatan operasi sebanyak RM37 juta dengan PBT sebanyak RM6 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah BPB, keuntungan Kumpulan pada masa hadapan akan terus dipacu oleh pengeluaran buah tandan sawit segar (FFB) dan kenaikan harga minyak sawit. – UTUSAN ONLINE