Ketidaktentuan politik ancam pemulihan ekonomi ASEAN - Utusan Malaysia

Ketidaktentuan politik ancam pemulihan ekonomi ASEAN

KAPAL sedang memunggah kontena di pelabuhan Singapura. Ketidaktentuan politik dijangka boleh mengancam proses pemulihan ekonomi negara-negara ASEAN termasuk republik itu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kancah politik yang tidak menentu di beberapa negara Asia Tenggara boleh mengancam pemulihan ekonomi dalam menangani pandemik Covid-19.

Pengerusi Pemikir Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Simon Tay berkata, tanpa politik dan perpaduan, tahap ekonomi di negara-negara berkenaan akan menjadi lebih buruk.

Beliau juga menyebut Malaysia dan Thailand sebagai contoh terbaik dalam mengatasi penularan Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, kestabilan kerajaan baharu Malaysia juga dipersoalkan, bahkan Thailand yang merupakan ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara kehilangan pakar ekonomi utamanya ketika negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

“Ada kekhuatiran jika politik dan perpaduan tidak bersatu, beberapa negara akan menjadi jauh lebih buruk. Ini bukan masalah kesihatan, ini soal ekonomi, pemerintahan dan sebagainya,” katanya kepada Squawk Box Asia, CNBC.

Simon yang juga Profesor Undang-undang di Universiti Nasional Singapura berkata, Malaysia dijadikan contoh terbaik walaupun mempunyai masalah politik tetapi tidak menghalang negara itu untuk menangani kes jangkitan Covid-19.

“Malaysia mengalami perubahan kerajaan sebelum berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu berikutan krisis politik di negara itu.

“Walaupun kestabilan dan kesahihan kerajaan baharu dipersoalkan, dengan beberapa media melaporkan bahawa akan berlaku pilihan raya dalam masa terdekat, namun kestabilan politik mampu memberi perhatian dalam menangani masalah ekonomi dan lain-lain,” kata­nya.

Tambahnya, Thailand pula menghadapi masalah ekonomi yang semakin merudum sekali gus berdepan penguncupan ekonomi yang sangat ketara.

“Beberapa menteri Thailand juga telah mengundurkan diri bulan lalu, termasuk pakar ekonomi utama negara itu.

“Menteri-menteri baharu dilaporkan telah dilantik tetapi perubahan itu menyukarkan pemulihan ekonomi Thailand kerana negara itu hanya bergantung kepada sektor pelancongan. Impak virus itu telah menghentikan perjalanan glo­bal,” katanya.

Berdasarkan data dikeluarkan Johns Hopkins University, Malaysia dan Thailand merupakan antara negara Asia Tenggara yang merekodkan penurunan kes harian Covid-19.

Namun beberapa pakar ekonomi memberi amaran, majoriti negara di Asia Tenggara sukar mengembangkan ekonomi mereka akibat krisis global yang tidak menentu.

Ketua Pakar Ekonomi ASEAN Nomura, Euben Paracuelles memberitahu, Thailand mungkin mengalami pemulihan ekonomi ‘bentuk U’, iaitu tempoh pemulihan yang panjang di peringkat kemelesetannya sebelum beransur-ansur pulih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya