Juruaudit tingkat kewaspadaan - Utusan Malaysia

Juruaudit tingkat kewaspadaan

Selain nama dan logo PLC, penipu berkenaan menggunakan bukti kela­yakan korporat, laman sesawang dan butiran lain entiti yang sah ketika mempromosi skim berkenaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengawasan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggesa juruaudit meningkatkan tahap kewaspadaan dan respons terhadap isu-isu yang muncul, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Pengerusi OAB, Datuk Gumuri Hussain berkata, juruaudit dan Jawatankuasa Audit perlu memberi perhatian khusus terhadap bidang-bidang fokus tertentu, terutamanya ketika melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai respons kepada pandemik tersebut, bagi memastikan kualiti audit yang konsisten.

Katanya, bidang-bidang tersebut termasuk usaha berterusan, rosot nilai aset, peristiwa selanjutnya dan audit kumpulan.

“Sebagai pengawal selia audit, AOB berpendapat bahawa penyata kewangan teraudit yang andal menjadi asas kepada pasaran modal yang dipercayai.

“Wujud keperluan yang le­bih besar bagi profesional audit agar sentiasa berwaspada dan lebih skeptikal ketika meneliti penzahiran dan maklumat yang berkaitan dengan kesan pandemik Covid-19, terutamanya berkaitan dengan entiti kepen­tingan awam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Gumuri, sebanyak 43 firma dan 337 juruaudit kini berdaftar atau diiktiraf oleh AOB.

Pada 2019, AOB telah memeriksa enam Firma Audit Utama dan tujuh Firma Audit Lain, yang secara kolektif me­ngaudit 72.6 peratus daripada jumlah entiti kepentingan awam (PIE).

Melalui pemeriksaannya, AOB mendapati, prestasi Firma Audit Utama adalah agak konsisten sejak beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, kata Gumuri, AOB khuatir bahawa perbezaan yang ketara diperhatikan dalam kualiti audit Firma Audit Lain, di mana 50 peratus daripada pembabitan audit yang diperiksa memerlukan penambahbaikan yang signifikan.

Beliau berkata, bagi mening­katkan lagi ketelusan, kebertanggungjawaban dan kemampanan yang lebih kukuh firma dalam pasaran audit, mulai tahun 2021, AOB akan mewajibkan Pelaporan Ketelusan Tahunan kepada firma-firma yang mempunyai lebih 50 pelanggan audit PIE, dan secara kolektif mengaudit pelanggan dengan permodalan pasaran melebihi RM10 bilion selama dua tahun kewangan berturut-turut.

Jelas beliau, firma-firma tersebut dikehendaki mendedahkan struktur perundangan dan tadbir urus korporat, langkah-langkah yang diambil untuk menegakkan kualiti audit, dan pengukuran petunjuk bagi kualiti audit mereka.

“AOB memperkenalkan inisiatif ini pada Ogos 2019, tetapi menangguhkan pelaksanaan­nya hingga 2021, memandang­kan penularan pandemik Co­vid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya