Jualan perdagangan borong, runcit RM102.9 bilion - Utusan Malaysia

Jualan perdagangan borong, runcit RM102.9 bilion

DR. Mohd. Uzir Mahidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jualan perdagangan borong dan runcit pada Jun 2020 mencecah RM102.9 bilion, pertumbuhan dua digit iaitu 21.8 peratus, dua bulan berturut-turut.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, subsektor perdagangan borong merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan itu dengan RM49.0 bilion, meningkat RM8.3 bilion atau 20.3 peratus.

Ini diikuti kenderaan bermotor berjumlah RM12.1 bilion, pertambahan RM5.3 bilion atau 78.9 peratus. Perdagangan runcit juga naik RM4.8 bilion atau 13.0 peratus untuk merekodkan RM41.8 bilion.

“Lain-lain pengkhususan jualan borong memacu kenaikan ini untuk mencatatkan RM17.3 bilion dengan 35.6 peratus pertumbuhan bulan ke bulan. Jual borong barangan isi rumah juga meningkat dengan merekodkan 20.1 peratus kepada RM10.3 bilion. Ini diikuti jentera, peralatan dan bekalan yang menjana jualan sebanyak RM4.2 bilion, berkembang 23.2 peratus berbanding Mei 2020,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd. Uzir berkata, subsektor kenderaan bermotor turut melonjak untuk mencatatkan 78.9 peratus pada Jun. Manakala jualan kenderaan bermotor merekodkan kenaikan bulan ke bulan tertinggi sebanyak RM3.5 bilion, naik 113.5 peratus kepada RM6.7 bilion.

Katanya, jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor pula mencatatkan nilai jualan RM2.9 bilion, meningkat RM1.1 bilion, bersamaan 59.7 peratus. Penyelenggaraan & Pembaikan Kenderaan Bermotor juga meningkat RM0.5 bilion atau 44.6 peratus untuk mencatatkan RM1.5 bilion.

“Bagi perdagangan runcit, kesemua aktiviti runcit terus merekodkan pertumbuhan positif pada Jun terutamanya jualan runcit di kedai bukan pengkhususan dengan RM16.0 bilion, peningkatan RM1.4 bilion atau 9.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Ini diikuti jualan runcit di kedai pengkhususan yang meningkat RM1.3 bilion atau 18.8 peratus kepada RM8.2 bilion. Jualan runcit barangan isi rumah juga berkembang untuk merekodkan RM5.1 bilion, peningkatan RM0.7 bilion atau 16.7 peratus,” jelas beliau.

Tambah Mohd. Uzir, indeks jualan runcit dalam talian yang menggambarkan aktiviti e-dagang turut berkembang 35.5 peratus pertumbuhan tahun ke tahun dan meningkat 5.8 peratus bulan ke bulan.

“Manakala bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit terus meningkat 25.2 peratus berbanding bulan lalu. Kenaikan ini didorong oleh kenderaan bermotor yang merekodkan 90.2 peratus. Perdagangan borong dan perdagangan runcit juga menunjukkan pertumbuhan positif masing-masing 20.8 peratus dan 18.8 peratus. Bagi indeks volum pelarasan musim, ia turut meningkat 21.9 peratus berbanding Mei 2020,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya