KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. melancarkan telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note20 yang tampil dengan pelbagai fungsi menarik.
Ketua Pemasaran Produk, Teknologi Maklumat (IT) dan Perniagaan Mudah Alihnya, Luke Au berkata, teknologi mudah alih memainkan peranan kritkal ketika masyarakat berdepan fasa norma baharu.
“Ramai pelanggan yang memperkatakan tentang Samsung memberikan mereka tempat baharu untuk berkomunikasi, tempat baharu untuk bekerja dan tempat baharu untuk berhubung,” katanya pada acara ‘Samsung Galaxy Note20 Experiential Session’ di sini, semalam, lapor Bernama.
Presiden Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Samsung, Yoonsoo Kim pula berkata, setiap perincian Galaxy Note20 dilakukan dengan penuh teliti dengan tujuan membawakan setiap bahagian penting dalam kehidupan pengguna sama ada bekerja atau bermain, ke dalam satu peranti tunggal.
Beliau berkata, pelancaran telefon pintar baharu itu akan mentakrif semula makna dan tujuan teknologi mudah alihnya yang ada sekarang.
Galaxy Note20 dijual pada harga bermula daripada RM3,899, didatangkan dengan pilihan warna mystic baharu iaitu gangsa, hijau, putih dan kelabur dengan S Pen warna sepadan.
Antara ciri-ciri menarik telefon pintar itu adalah S Pen yang ditambah baik serta dikuasakan dengan pemproses terkini Exynos serta paparan 120Hz dan Wireless DeX untuk tujuan permainan. – UTUSAN ONLINE