Facebook henti iklan perkauman - Utusan Malaysia

Facebook henti iklan perkauman

FACEBOOK menjadi platform menipu mereka yang kurang berpengetahuan dalam media sosial -GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Facebook Inc. (Facebook) akan menghentikan kaedah pemilihan iklan kontroversi yang membolehkan pemain industri menyasarkan sesetengah kaum dan kumpulan etnik termasuk Afrika, Amerika dan Hispanik.

Syarikat itu tidak membenarkan pengiklan menyasarkan pengguna dalam kalangan kaum tertentu. Bagaimanapun, pengkritik berpendapat ada cara lain dalam membantu mengatasi larangan tersebut.

Jurucakap Facebook berkata, pengguna boleh memohon untuk mendapatkan pemilihan kaedah itu, misalnya, berdasarkan kategori pada bahagian data yang dikumpulkan dari kegiatan mereka di luar aktiviti aplikasi Facebook, seperti sejarah pembelian dan penggunaan peranti.

Jabatan Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Amerika Syarikat (AS) mendakwa Facebook pada 2019, ‘menghalalkan’ diskriminasi dengan membenarkan pengiklan mengeluarkan iklan perumahan yang dilarang disiarkan menyasarkan berdasarkan ciri-ciri jantina dan kaum, yang salah di sisi undang-undang.

Dua kategori untuk `Pertalian Amerika Afrika” (African American Affinity) dan Pertalian Hispanic (Hispanic Affinity) dike­luarkan daripada tinjauan umum bagi pilihan sasaran.

Facebook masih menawarkan cara bagi pengiklan mendapatkan mereka yang berminat dengan ‘Budaya Afrika Amerika’, di mana pihaknya akan mempertimbangkan kategori iklan yang diklik pengguna dan halaman Facebook yang mereka ikuti.

Facebook telah dikritik oleh kumpulan hak asasi dalam beberapa bulan ini, termasuk National Association for the Advancement of Colored People (NAACP) kerana didakwa gagal menguatkuasa polisi bagi ucapan kebencian dan maklumat yang salah terutama kepada pengguna Afrika dan Amerika.

Ketika menjelang pilihan raya 2016, pengguna Afrika dan Amerika menjadi sasaran sinis Rusia dengan hantaran yang mendorong kepada teknik penindasan pemilih.

Facebook semalam mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa 22.5 juta catatan telah dikeluarkan daripada rangkaian sosial pada suku ke­dua kerana melanggar dasar ucapan kebencian syarikat itu, le­bih dua kali ganda jumlah yang diturunkan tiga bulan pertama tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya