JEPUN: Jepun mengalami penguncupan ekonomi 7.8 peratus pada suku kedua, terburuk dalam sejarah moden negara itu, selepas bergelut dengan kemerosotan akibat pandemik Covid-19.
Beberapa penganalisis menjangkakan pertumbuhan semula ekonomi pada Julai hingga September akan menjadi sederhana susulan gelombang kedua Covid-19.
Penyusutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu sebanyak 27.8 peratus tahun ke tahun pada April hingga Jun, meeupakan yang terburuk sejak 1980.
Ia juga merupakan pengucupan dalam tiga suku berturut-turut dan penurunan yang ketara daripada unjuran pasaran median sebanyak 27.2 peratus.
Perbelanjaan swasta yang telah menyumbang lebih daripada separuh kepada ekonomi ketiga terbesar dunia itu, jatuh 8.2 peratus bagi suku tersebut, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis iaitu penurunan sebanyak 7.1 peratus.
Perbelanjaan modal pula menurun 1.5 peratus pada April hingga Jun, kurang daripada unjuran pasaran median sebanyak 4.2 peratus.
Permintaan global yang perlahan memberi kesan kepada eksport Jepun yang semakin berkurangan daripada import, menyebabkan sumbangan eksport kepada KDNK turun tiga peratus.
Kemerosotan ekonomi Jepun telah memberi tekanan kepada penggubal dasar untuk merancakkan semula pemulihan.
Jepun telah membuat pelarasan rangsangan fiskal dan monetari bagi menangani Covid-19 dan impak kenaikan cukai jualan tahun lalu serta perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.
Gelombang kedua Covid-19 menggambarkan prospek gelap bagi ekonomi Jepun yang terus mengganggu perbelanjaan penggunaan dan pengguna isi rumah, walaupun kerajaan negara itu menarik balik perintah darurat pada akhir Mei. – AGENSI