Disokong melalui Aspirasi Assist - Utusan Malaysia

Disokong melalui Aspirasi Assist

Sheyantha Abeykoon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program Bantuan Covid-19 dilancarkan Axiata 25 Mac dengan peruntukan RM150 juta

KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada negara, Aspirasi, satu penyediaan per­khidmatan ­kewangan digital di bawah naungan Axiata Bhd., ­menyokong Program Bantuan ­Covid-19 oleh Axiata melalui ­Aspirasi Assist iaitu platform yang menyalurkan pembiayaan kepada perusahaan mikro.

Inisiatif ini menjadi usaha langsung Axiata dan anak-anak syarikatnya termasuk Axiata Digital, Celcom Axiata Bhd. dan edotco untuk memberi bantuan segera kepada perusahaan mikro.

Pengarah Eksekutif Aspirasi, Sheyantha Abeykoon berkata, program yang dilancarkan 25 Mac lalu dengan peruntukan berjumlah RM150 juta me­nyasarkan untuk membantu 900,000 usahawan mikro yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada awalnya, kata ­Abey­koon, sasaran ­hanya untuk membantu kira-kira 150,000 perusahaan mikro yang berada dalam ekosistem Axiata sahaja merangkumi pedagang perniagaan Boost, pelanggan Aspirasi dan peniaga Celcom.

Beliau berkata, permintaan tinggi daripada pengusaha luar mengenai program itu membuatkan Aspirasi memulakan misi menghasilkan sistem permohonan bersifat ‘pasaran terbuka’ menerusi proses digital sepenuhnya kepada mana-mana perusahaan mikro.

“Pandemik Covid-19 membawa begitu banyak cabaran kepada perusahaan dalam ­negara dengan perusahaan mikro ­me­rangkumi segmen PKS terbesar iaitu kira-kira 695,000 dan terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) adalah paling teruk terjejas.

“Hampir 70 peratus daripada segmen ini bergantung kepada simpanan peribadi atau meminjam daripada ahli keluarga atau rakan mereka sekali gus mengehadkan keupayaan mereka mengharungi apa-apa masalah sosio-ekonomi yang melanda,” katanya.

Aspirasi ditubuhkan tahun lalu menawarkan pelbagai jenis pembiayaan dan insurans mikro untuk perusahaan mikro, ­kecil serta sederhana menerusi ­proses permohonan 100 peratus digital yang unik di pasaran.

Syarikat yang sedang berkembang pesat itu berjaya memeterai beberapa perjanjian kerjasama dengan jenama gergasi rantau ini seperti CIMB Bank Bhd., Great Eastern, ­Lazada dan GHL sebagai usaha merapatkan jurang kewangan di negara ini serta sebahagian daripada perancangan Kumpulan Axiata membina satu daripada syarikat teknologi ­kewangan terbesar rantau ini.

Menurut Abeykoon, Aspirasi telah meningkatkan had pembia­yaan mikro Aspirasi Assist sehingga RM20,000 beserta terma seperti kadar keuntungan bermula serendah 0.5 peratus sebulan, tempoh pembiayaan selama 18 bulan dan tiada pembayaran balik untuk enam bulan pertama.

Pada masa sama, Abeykoon berkata, Aspirasi turut menawarkan insurans mikro supaya per­usahaan mikro dapat melin­dungi diri daripada apa-apa masalah berkaitan pendapatan.

“Pada mulanya kami menawarkan pembiayaan mikro ­berasaskan konsep syariah berjumlah RM1,000 sehingga RM10,000 tetapi me­ningkatkan sehingga RM20,000 atas ­permintaan ramai.

“Proses permohonan mendapatkan pembiayaan sangat mudah iaitu dengan mengunjungi laman web kami www.aspirasi.co dan menyediakan butiran peribadi, perniagaan dan akaun bank di samping mengambil satu swafoto untuk tujuan pengesahan.

“Aspirasi Assist me­nerima sambutan memberangsangkan dan telah meraih 30,000 permohonan. Kami juga sedang menerima permohonan berjumlah RM1.2 juta setiap hari serta menjangkakan meningkat dalam masa beberapa minggu akan datang ke­rana per­usahaan telah ber­operasi ­semula ketika tempoh ­Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya