CIMB tawar program bayaran kepada peminjam - Utusan Malaysia

CIMB tawar program bayaran kepada peminjam

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) menawarkan lanjutan bayaran semula pembiayaan sehingga enam bulan kepada kumpulan sasar selepas tempoh moratorium berakhir 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya memahami pelanggan yang mula khuatir untuk membuat pembayaran pinjaman. 

“Sebagai institusi kewangan yang bertanggungjawab, CIMB akan memberikan sokongan bersesuaian dalam memenuhi keperluan pelanggan yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 untuk membuat pembayaran pinjaman.

“CIMB akan memberi panduan kepada pelanggan bagi mempermudah dan mempercepat proses permohonan. Pelanggan digalakkan untuk menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan pilihan dengan CIMB,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan, CIMB turut membantui individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan. 

Keduanya pula, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman. 

“CIMB juga memberi bantuan kepada semua peminjam individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang terjejas ditawarkan beberapa pilihan termasuk membayar faedah sahaja, memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan atau memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” katanya. 

CIMB juga telah menggunakan analisis data untuk mengenal pasti mereka yang terjejas teruk melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan akan dihantar kepada lebih daripada 300,000 individu dan 10,000 PKS. 

Bermula hari ini, peminjam disarankan untuk mengikut arahan dan melengkapkan permohonan pada 20 Ogos nanti. Pelanggan yang tidak menerima SMS daripada bank, tetapi mengalami kesukaran untuk memulakan pembayaran selepas 30 September ini digalakkan untuk menghubungi bank mulai 7 Ogos hingga 7 September di 03-6204 7788, emel di [email protected] atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB.

Pada akhir Jun, CIMB telah menyediakan moratorium enam bulan kepada lebih 1.25 juta pelanggan dan 16,000 PKS serta pelanggan korporat yang berdepan pengurangan aliran tunai, mendapat manfaat melalui penangguhan pembayaran pinjaman itu. 

CIMB telah meluluskan lebih dari RM1 bilion dana bantuan kepada PKS, antaranya RM700 juta berada di bawah Dana Bantuan Khas Bank Negara Malaysia (“SRF / SRF-i”). 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya