AirAsia tawar diskaun 20 peratus perjalanan dalam negara - Utusan Malaysia

AirAsia tawar diskaun 20 peratus perjalanan dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus bagi semua tempat duduk untuk semua penerbangan di dalam negara selari dengan peningkatan perkhidmatan penerbangan domestiknya di Malaysia. 

Tempahan boleh dibuat terus ke laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 9 Ogos bagi tempoh perjalanan antara 17 Ogos dan 6 Disember 2020.

Pelanggan juga boleh menikmati lebih penjimatan melalui platform SNAP yang menawarkan diskaun tambahan sebanyak 25 peratus untuk penerbangan dengan jaminan nilai terbaik bagi pakej kombo penerbangan dan hotel termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama tiga hari dua malam di Vivanta Resort Langkawi, The Prestige Hotel Penang dan banyak lagi. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, perjalanan udara kekal menjadi kaedah penghubung yang penting pada masa ini dengan jumlah pelancong domestik yang memberangsangkan dengan lebih daripada 500,000 tempat duduk terjual sepanjang Julai dan tempoh perjalanan paling tinggi dicatatkan pada cuti hujung minggu lalu sempena Hari Raya Aidiladha.  

“Kami menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di Malaysia supaya semua orang boleh terbang dengan harga berpatutan. Promosi ini juga tepat pada masanya untuk para pelajar universiti, ibu bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan untuk semester akan datang.

  “Kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pihak berkepentingan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang lebih menarik dan berpatutan untuk semua,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, AirAsia turut menggalakkan pelanggan untuk berwaspada dan mengikuti semua langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, membersihkan diri dan mencuci tangan secara kerap serta tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Katanya, jika terdapat sebarang perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan pelanggan melakukan perjalanan sehingga 31 Disember untuk mengubah tarikh penerbangan dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya