AIA umum dua pelan kesihatan, perubatan baharu - Utusan Malaysia

AIA umum dua pelan kesihatan, perubatan baharu

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful Bhd., Elmie Aman Najas; Ben Ng dan Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. Heng Zee Wang melancarkan pelan kesihatan dan perubatan baharu AIA di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AIA Malaysia (AIA) mengumumkan dua pelan kesihatan dan perubatan komprehensif baharu, A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health dalam mengembangkan portfolio penyelesaian kesihatannya.

A-Life Beyond Critical Care adalah pelan penyakit kritikal pertama AIA yang melindungi 180 penyakit dengan menawarkan perlindungan penyakit kritikal hujung ke hujung.

A-Plus Total Health pula adalah pelan kesihatan takaful yang bertindak sebagai penyelesaian kesihatan sehenti buat seisi keluarga yang membolehkan para pelanggan melindungi sehingga enam orang ahli keluarga di bawah satu pelan yang sama.

Kedua-dua pelan tersebut menyokong kesihatan para pe­langgan secara menyeluruh dari peringkat pencegahan dan pengesanan awal melalui AIA Vitality dan pemeriksaan kesihatan sehingga peringkat rawatan dan pemulihan untuk memastikan mereka sentiasa mendapat akses kepada penja­gaan yang berkualiti.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Ben Ng berkata, de­ngan ketidakpastian yang berlaku berikutan pandemik yang berlarutan serta peningkatan jumlah masalah kesihatan dan pe­nyakit kritikal yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, ia kini menjadi lebih penting untuk mengutamakan kesemua aspek kesihatan.

“Pelancaran A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health adalah kesinambungan usaha kami di AIA untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penyelesaian yang mencegah, melindungi dan menyokong perjalanan ke­sihatan mereka.

“Penambahan produk terbaharu kepada portfolio penyelesaian kesihatan menyeluruh telah dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai keperluan dan kehendak perlindungan kesihatan dan perubatan para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, ujar­nya, kesedaran ketara terhadap kepentingan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia mula meningkat berikutan penularan wabak Covid-19.

“Satu tinjauan yang dijalankan oleh AIA baru-baru ini sewaktu Perintah Kawalan Perge­rakan (PKP) menunjukkan lebih ramai menunjukkan minat untuk mempertingkatkan tahap kesihatan mereka,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya