- Utusan Malaysia

JUAN Aranols (kiri) melakukan gimik pelancaran Hari Belia Antarbangsa webinar, bersama moderator Ben Ibrahim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle), menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 belia, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40) menjelang 2021 dalam usaha menyokong kumpulan masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Usaha tersebut juga sejajar dengan sasaran Nestle untuk membantu menyediakan peluang ekonomi kepada 10 juta golongan muda menjelang 2030.

Nestle mengumumkan peluang pekerjaan itu bersempena Hari Belia Antarabangsa pada sesi webinar yang membincangkan topik semasa termasuklah Kerjaya Semasa Covid-19.

Ujar Nestle dalam satu kenya­taan semalam, pengangguran belia adalah satu isu global yang kian meruncing ekoran kesan Covid-19 dan laporan menunjukkan satu pertiga daripada mereka yang kehilangan kerja pada tahun ini melibatkan golongan belia yang berusia bawah 30 tahun.

“Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah ini, Nestle beriltizam untuk meningkatkan keupayaan belia mendapatkan kerja menerusi program pelatih pengurusan, latihan amali dan perantis serta pengambilan menerusi peluang pekerjaan secara langsung,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, pihaknya bertekad untuk membentuk masa depan yang lebih lestari kepada belia di negara ini dan memainkan peranan mencungkil bakat generasi akan datang menerusi program-program berkenaan.

“Ramai yang terkesan akibat kehilangan pendapatan dan pekerjaan malah golongan muda secara khusus terjejas aki­bat kekurangan peluang pekerjaan pada masa yang mencabar ini.

“Dalam memperkukuhkan komitmen ini, sokongan kami terhadap belia diperluas menerusi peluang dalam program-program yang disediakan,” katanya.

Katanya, selain melengkap­kan belia dengan kemahiran re­levan dan meningkatkan peluang mereka diambil bekerja, Nestle mahu memastikan peserta terutamanya dalam kalangan B40 akan mempunyai sumber pendapatan stabil untuk mengharungi masa-masa sukar ini.

“Untuk mengatasi cabaran berikutan pandemik, Nestle sedang menggiatkan latihan atas talian menerusi program Latihan Amali Maya bagi memberikan latihan berterusan kepada para peserta.

“Nestle juga akan terus menyediakan pengalaman praktikal menerusi acara-acara kesediaan untuk bekerja serta meneroka lebih banyak peluang dengan bekerjasama bersama rakan niaga dan syarikat luar yang mempunyai matlamat sama,” katanya.

Tambahnya, usaha itu melengkapkan program yang sedang dilaksanakan di bawah inisiatif global Nestle Needs Youth (Nestle Memerlukan Belia) yang diperkenalkan pada 2013 untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) bagi menyediakan peluang pekerjaan dan pembangunan bakat bagi golongan muda di serata dunia.

“Pada 2019, kira-kira 60,000 belia telah menyertai pelbagai progam Nestle Memerlukan Belia antaranya, program Keusa­hawanan Belia Nescafe, Bakat Kulinari Muda Nestle Professional serta karnival dan program perbincangan kerjaya.

Dalam pada itu, Nestle turut berusaha membantu 200,000 orang dalam usaha meringankan beban susulan Covid-19.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya