Bank Islam, Unimap jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Bank Islam, Unimap jalin kerjasama

MOHD. Muazzam Mohamed menyampaikan replika cek sumbangan zakat kepada R. Badlishah Ahmad sambil diperhatikan oleh Tunku Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tunku Pro-Canselor, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Arau, Perlis, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menandata­ngani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bagi menggubal rangka kerjasama urusan perbankan universiti berkenaan.

Menerusi kerjasama yang ditandatangani dalam satu majlis di Bangunan Canselor, Unimap di Pauh di sini semalam, bank tersebut bakal berperanan menjadi peneraju kepada kaedah pembayaran tanpa tunai bagi mewujudkan komuniti tanpa tunai.

Di samping itu, perjanjian tersebut juga memberi pendedahan berterusan kepada masyarakat mengenai kaedah pembayaran secara digital serta penggunaan kad debit secara meluas oleh kakitangan dan pelajar universiti terbabit.

Pada majlis yang sama, Bank Islam yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM30,000 kepada Naib Canselor Unimap, Prof Dr. R. Badlishah Ahmad.

Mohd. Muazzam berkata, penularan Covid-19 memberikan impak negatif kepada kehidupan dan sumber pendapatan segenap masyarakat.

“Lantas, kami amat berbesar hati mempercepatkan sumba­ngan zakat tahun ini agar dapat mengurangkan beban yang dialami pelajar dalam meneruskan pengajian mereka.
“Semoga dana zakat ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan membentuk insan berilmu dan cemerlang yang akan menyumbang terhadap kemakmuran negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya