Top Glove tawar dua terbitan bonus - Utusan Malaysia

Top Glove tawar dua terbitan bonus

FBM KLCI ditutup lebih kukuh pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) mencadangkan untuk menerbitkan dua bonus pada satu tarikh kelayakan yang akan diumumkan nanti. 

Dalam makluman di di Bursa Malaysia, syarikat pengeluar sarung tangan itu menyatakan, pelaksanaan itu akan menyaksikan sehingga 5.48 bilion saham baharu diterbitkan kepada pemegang saham syarikat.

Usaha korporat tersebut dilakukan bagi memberi penghargaan kepada pemegang sahamnya, membolehkan mereka mempunyai penyertaan yang lebih besar dalam ekuiti kumpulan dari segi jumlah saham dan dalam masa sama mengekalkan pegangan saham mereka.

“Isu bonus dua kepada satu yang dicadangkan akan membolehkan syarikat memenuhi komitmen kepada pemegang saham yang setia.

“Peningkatan jumlah saham yang diterbitkan dapat menciptakan lebih banyak kecairan dan kebolehpasaran untuk saham Top Glove,” katanya.

Terbitan bonus yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan pemegang saham ketika mesyuarat agung yang diadakan.

Pada suku ketiga berakhir pada 31 Mei lalu, Top Glove mempunyai kedudukan tunai bersih RM284 juta dan ekuiti pemegang saham sebanyak RM4.7 bilion.

“Terbitan bonus terakhir syarikat itu diselesaikan pada Oktober 2018 ketika harga saham mencecah sekitar RM11.50.

“Sehingga kini, syarikat itu telah menyelesaikan tujuh terbitan bonus dan satu pembahagian saham sejak penyenaraiannya pada 2001,” katanya.

Saham Top Glove naik 8.01 peratus kepada 24.82 mata ketika ditutup petang ini. 

Menurut Bloomberg, prestasi Top Glove setakat tahun ini naik 389 peratus, tertinggi dalam Indeks MSCI Asia Pasifik manakala syarikat gergasi sarung tangan tempatan lain, Supermax Corp melonjak lebih 1,000 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN