TNB mula tindakan undang-undang ke atas LHDN - Utusan Malaysia

TNB mula tindakan undang-undang ke atas LHDN

Jualan elektrik kumpulan me­ningkat 1.1 peratus kepada 87,950 GWh dan keuntungan bersihnya mencecah RM2.9 bilion. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah memulakan tindakan undang-undang ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan pertikaian membabitkan taksiran cukai. 

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, proses prosiding undang-undang itu setelah menerima notis penilaian tambahan untuk 2018 berjumlah RM1.81 bilion yang diterima daripada LHDN, Isnin lalu. 

Dalam maklumannya sebelum ini, TNB berkata, notis tersebut adalah serupa dengan notis-notis lain yang diterima pada tahun-tahun sebelum ini. 

“Notis ini sedang menunggu keputusan mahkamah dan TNB telah mendapat perintah penangguhan sementara melibatkan pembayaran cukai yang dipertikaikan itu,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya