TNB ambil alih 5 peratus saham MBINS - Utusan Malaysia

TNB ambil alih 5 peratus saham MBINS

Projek itu te­lah memperoleh Feed-in-Tariff (FiT) menerusi skim FiT2 di Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengambil alih lima peratus saham Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated (MBINS) dalam syarikat berkaitan pengurusan loji jana kuasa di Negeri Sembilan dengan nilai RM80 juta. 

Menurut TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pada masa sama, mereka akan mengambil lima peratus terbitan Nota Kelas B bagi membiayai jana kuasa itu. 

Syarikat utiliti nasional itu berkata, mereka sudah menandatangani perjanjian jual beli bersama MBINS untuk mengambil alih lima peratus pegangan di dalam Jimah Energy Ventures Holdings Sdn Bhd (JEVH) dan lima peratus Nota Kelas B terbitan Special Power Vehicle Bhd. bernilai RM80 juta. 

Ditubuhkan pada 2003, JEVH memiliki anak syarikat milik penuh iaitu Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV) yang ditubuhkan khas untuk pembangunan dan pengurusan operasi syarikat janakuasa arang batu konvensional di Jimah, Port Dickson. 

Edra Power Holdings Sdn. Bhd. memiliki pegangan 75 peratus dalam JEVH manakala TNB dan MBINS masing-masing memiliki 20 peratus dan lima peratus pegangan.

Sementara itu, Special Power Vehicle ditubuhkan untuk meningkatkan kemudahan kewangan bagi membiayai loji janakuasa JEV menerusi penerbitan kemudahan  Islamic Medium Term Notes (MTN). 

“Kemudahan MTN terdiri daripada terbitan Nota Kelas A dan B dengan Nota Kelas A dipegang oleh bank-bank yang memberi pembiayaan manakala Nota Kelas B adalah milik pemegang saham JEVH dengan struktur pegangan saham sama iaitu 75 peratus oleh Edra menerusi anak syarikatnya, 20 peratus TNB dan lima peratus oleh MBINS,” kata TNB.

TNB akan menggunakan dana dalaman untuk membiayai pengambilalihan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya